Etixx julang kejuaraan di Qatar

Etixx julang kejuaraan di Qatar

DOHA, 10 Okt – Tony Martin memberikan pasukan Etixx-Quick kejutan ketika dia membantu pasukan tersebut memenangi gelaran uji masa berpasukan lelaki pada Kejohanan Dunia di Qatar semalam, dalam perlumbaan terakhirnya bagi pasukan Belgium.

Etixx memenangi perlumbaan sengit itu dengan masa catatan 42 minit 32.39 saat, hanya sebelas saat di depan BMC untuk menterbalikkan keputusan tahun lepas.

Orica-BikeExchange dari Australia menamatkan tangga ketiga dengan pendahulu perlumbaan lebih awal, Team Sky berada di tempat keempat.

“Ia begitu emosi bagi saya,’ kata pakar uji masa, Martin, selepas itu.

“Ia adalah perlumbaan terakhir bagi pasukan, mereka seperti sebuah keluara bagi saya dalam tempoh lima tahun dan saya tahu ia adalah peluang terakhir untuk membawa pasukan kepada kemenangan.”

Penunggang basikal Pasukan Etixx ketika meraikan kejayaan di podium selepas memenangi pingat emas dalam acara gelaran uji masa berpasukan lelaki pada Kejohanan Dunia di Qatar kelmarin. – AFP
Penunggang basikal Pasukan Etixx ketika meraikan kejayaan di podium selepas memenangi pingat emas dalam acara gelaran uji masa berpasukan lelaki pada Kejohanan Dunia di Qatar kelmarin. – AFP

Martin, juara dunia tiga kali, akan menyertai Katusha pada tahun depan.

Dalam perlumbaan wanita yang diadakan di laluan yang sama 40 kilometer dari Lusail menuju ibu negara Doha-terdapat satu lagi penyudah yang emosi ketika Evelyn Stevens dari AS memenangi gelaran dunia uji masa keempat dalam perlumbaan terakhirnya, membantu Boes Dolmans untuk menang.

Boels Dolmans, yang juga melibatkan juara dunia perlumbaan di atas jalan, Lizzie Deignan (bekas Armistead) dan juara dunia empat kali, Ellen van Dijk, mengetepikan pesaing untuk menamatkan perlumbaan dalam tempoh 48 minit 41.62saat.

Ia hampir seminit di depan pesaing terdekat mereka, Canyon Sram Racing dari Jerman dengan Twenty16-Ridebiker dari AS di tempat ketiga. – AFP