EU, AS lancar perjanjian privasi Internet

EU, AS lancar perjanjian privasi Internet

BRUSSELS, 12 Julai – Kesatuan Eropah (EU) hari ini melancarkan satu perjanjian kontroversi dengan Amerika Syarikat (AS) yang berhasrat untuk mengekang pengintipan kerajaan dalam data Internet peribadi warga Eropah.

Pesuruhjaya Keadilan EU, Vera Jourova dan Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker menampilkan versi terakhir perjanjian itu, yang menggantikan versi dibatalkan oleh mahkamah tinggi EU Oktober lepas. Mahkamah membatalkan perjanjian itu berdasarkan kes aktivis Austria ke atas Facebook di Ireland, dan keputusannya memetik amalan pengintipan AS didedahkan oleh bekas kontraktor perisikan, Edward Snowden.

“Pelindung Privasi EU-AS adalah satu sistem baru kukuh untuk melindungi data peribadi warga Eropah dan memastikan kesahihan perundangan bagi perniagaan,” kata Jourova.

Syarikat-syarikat AS terkenal termasuk Facebook dan Google terutamanya sudah lama untuk menamatkan perundangan tidak sah itu berikutan keputusan daripada Mahkamah Keadilan Eropah, kerana mereka memindahkan data dari subsidiari Eropah mereka ke ibu pejabat mereka di Amerika Syarikat.

Perjanjian itu termasuk komitmen dari AS untuk mengehadkan penggunaan perisikan, pelantikan pegawai AS untuk menangani aduan daripada rakyat Eropah dan denda pada firma-firma yang tidak mematuhi. – AFP