EU berdepan laluan rumit

EU berdepan laluan rumit

BRUSSELS, 11 Jan (Reuters) – Kesatuan Eropah (EU) akan mengambil langkah pertama pada Rabu untuk membentuk semula hubungan perdagangannya dengan Beijing, berbelah bahagi mengenai cara-cara untuk mengurangkan pertahanannya untuk mengelak tindakan balas China sementara melindungi industri utama daripada dibanjiri import murah.

Pesuruhjaya daripada 28 anggota blok akan memperdebat untuk kali pertama isu sensitif itu untuk memberikan China ‘status ekonomi pasaran’ mulai Disember, yang dikatakan oleh Beijing merupakan haknya selepas ia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Status itu akan menjadikannya lebih sukar untuk Eropah mengenakan duti anti-lambakan ke atas barangan China pada harga murah, mengubah criteria untuk menentukan harga stabil.

Satu kajian oleh sekumpulan 25 persekutuan pengeluaran Eropah menganggarkan Kesatuan Eropah mungkin kehilangan 3.5 juta pekerjaan sekiranya ia menghapus pertahanan perdagangan ke atas China.

Keputusan muktamad blok, diambil bersama dengan kerajaan EU dan Parlimen Eropah, akan menjurus ke arah percanggahan dengan Beijing atau pengeluarnya sendiri dan dengan Washington, yang melihat tidak timbulnya keperluan untuk menganggap ekonomi China sebagai satu ekonomi pasaran.

“Pendapat saya adalah China bukan satu ekonomi pasaran. Namun ia adalah pelabur perdagangan utama dan kami perlu mengambil kira faktor tersebut,” kata seorang pegawai kanan EU.

Suruhanjaya mesti mengambil inisiatif dan semua tanda-tanda menunjukkan ia menerima China sebagai ekonomi pasaran sementara berusaha mengekal langkah pertahanan perniagaan untuk satu tempoh sementara, yang mungkin menarik sektor seperti pembuat keluli, kimia atau tekstil.

Ia mungkin dalam bentuk mengekal duti sekarang sehingga tarikh luput semula jadi mereka, biasanya lima tahun dan berpotensi menambah duti yang dikenakan untuk subsidi tidak sah.

Pegawai China telah berkata mereka boleh menunjukkan kefleksibelan dalam membenarkan tempoh peralihan untuk industri Eropah tertentu.

Satu perjanjian 2013 untuk menamatkan siasatan EU dalam pelambakan panel silar China menunjukkan Beijing dan Brussels boleh mencapai satu persetujuan.

Pakar perundangan Suruhanjaya telah menasihatnya supaya memberikan status ekonomi pasaran kepada China.

Satu laporan yang disediakan dengan dua ahli ekonomi luar dijangka menyimpulkan ia dapat dilakukan, bersama dengan langkah tambahan tertentu, tanpa menjejas ekonomi EU.

ARTIKEL YANG SAMA