EU buka rundingan terima keahlianTurki

EU buka rundingan terima keahlianTurki

BRUSSELS, 1 Julai – Kesatuan Eropah (EU) membuka lembaran rundingan baru dengan Turki, semalam selepas sejak sekian lama Ankara mahu menyertai blok negara Eropah itu selepas Britain mengundi untuk keluar EU.

Keputusan itu adalah sebahagian daripada perjanjian pertukaran pendatang EU-Turki, yang menyaksikan Eropah bersetuju menambah dana bantuan kepada Ankara untuk menampung berjuta-juta pelarian di wilayahnya, selain mempercepatkan liberalisasi visa kedua-dua pihak.

Negara majoriti umat Islam itu secara rasmi melancarkan rundingan untuk menyertai EU sejak 2005. Sejak itu, Eropah sudah membincangkan 15 daripada 35 syarat untuk menyertai blok itu, namun hanya satu syarat sahaja dipersetujui.

Dalam pada itu, golongan pro-Brexit menjangkakan percubaan Turki menyertai EU akan menimbulkan masalah besar kerana negara itu bakal menjadi sumber pendatang amat besar kepada blok itu, pada masa depan.

Menteri Luar Belanda, Bert Koenders, berkata semua negara ahli EU bersetuju untuk membuka bahagian rundingan baru ini membabitkan aspek kewangan dan belanjawan.