EU cari peneraju selepas Brexit

EU cari peneraju selepas Brexit

LONDON, 30 Jun (AFP) – Dua parti politik utama Britain bersaingan bagi kepimpinan hari ini untuk menentukan siapa akan menerajui negara mengharungi detik-detik bergolak selepas pengundian untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Dalam Negeri, Theresa May, 69 tahun yang telah menjadi penyokong kekal dalam gabungan itu, telah mengumumkan bidanya untuk menggantikan Perdana Menteri David Cameron selepas Cameron meletak jawatan selepas referendum itu.

“Ekoran referendum minggu lalu, negara kita perlukan kepimpinan mantap yang terbukti untuk menerajui mengharungi tempoh ketidakpastian ekonomi dan politik dan untuk merundingkan syarat sebaik mungkin apabila kita keluar dari EU,” May menulis dalam surat khabar The Times.

Saingan utama bagi kepimpinan Konservatif, bekas datuk bandar London dan pengkempen terkenal ‘Keluar’, Boris Johnson dijangka melancarkan kempennya hari ini.

Para pencabar mempunyai tempoh sehingga 11 pagi untuk mengumumkan. Menteri Kerja dan Pencen Stephen Crabb dan bekas menteri pertahanan sayap kanan Liam Fox juga dijangka akan bertanding.

Menteri Dalam Negeri British, Theresa May semasa menghadiri sidang akhbar di pusat bandar London semalam. Beliau meng-umumkan usahanya untuk menggantikan Perdana Menteri, David Cameron. – AFP
Menteri Dalam Negeri British, Theresa May semasa menghadiri sidang akhbar di pusat bandar London semalam. Beliau meng-umumkan usahanya untuk menggantikan Perdana Menteri, David Cameron. – AFP

Cameron menyerahkan kepada penggantinya tugas merundingkan semula hubungan Britain dengan EU ekoran undi keluar yang telah menjejaskan pasaran, menurunkan nilai pound dan mengakibatkan para ahli ekonomi mengurangkan ramalan pertumbuhan bagi negara itu.

Ketua parti Konservatif seterusnya akan mengambil alih menjelang September dan akan berdepan keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya atau mendapatkan mandat awam.

Tetapi Britain juga menerima tekanan dari EU supaya tidak menangguhkan memulai pemberitahuan rasmi keluar dari gabungan itu, Bab 50 Perjanjian Lisbon.

Para pemimpin Eropah, yang ingin sekali tidak menggalakkan perkembangan pergerakan anti EU di seluruh benua, telah memberi amaran bahawa Britain tidak akan dapat memilih syarat perpisahan paling selesa.

ARTIKEL YANG SAMA