EU: China, Er...

EU: China, Eropah miliki kepentingan elak krisis Korea

BEIJING, 20 April – Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Federica Mogherini meluahkan kebimbangan hari ini mengenai ketegangan yang meningkat berhubung program senjata nuklear Korea Utara, dan berkata China dan Eropah mempunyai tanggungjawab umum untuk mengelak serangan tentera di Semenanjung Korea.

Dalam satu ucapan di Universiti Tsinghua pada hari terakhir lawatan tiga harinya ke Beijing, Mogherini mengingatkan tentang implikasi krisis ke atas semenanjung.

“Semua orang faham krisis dengan Korea Utara akan mempunyai kesan sampingan,” beritahunya kepada pelajar di sekolah berprestij yang telah menghasilkan ramai pemimpin terkenal di China.

Mogherini berkata kata-kata daripada anak perempuannya yang berusia 12 tahun bahawa China berada di rantau yang diancam oleh perang nuklear menekankan kepentingan mengambil tindakan bersama untuk mengelak situasi daripada menjadi lebih teruk.

“Jika seorang budak berusia 12 tahun di Eropah memahami risiko serangan, di tempat yang jauh dari rumah, adalah jelas bahawa kami mempunyai tanggungjawab umum,” kata beliau. – AP

ARTIKEL YANG SAMA