EU: China perlu beri akses pasaran sama

EU: China perlu beri akses pasaran sama

BEIJING, 11 Julai – Sebelum rundi-ngan boleh bermula berhubung perjanjian perdagangan bebas dua hala, pesuruhjaya perdagangan Kesatuan Eropah (EU) hari ini berkata bahawa China perlu memberikan syarikat-syarikat Eropah jenis kemasukan pasaran sama yang dinikmati oleh syarikat-syarikat China di Eropah.

Cecilia Malmstrom berkata kemasukan pasaran dan isu-isu lain perlu diselesaikan terlebih dahulu dalam perjanjian pelaburan, yang pada masa sedang dirundingkan, untuk membentuk suasana yang lebih setara.”

Dalam ucapan di sebuah universiti di Beijing, Malmstrom berkata 28 anggota EU menyokong laluan Beijing ke arah ekonomi yang lebih berorientasikan pasaran yang telah dijanjikan dalam tahun 2013, tetapi belum melihat ‘banyak kemajuan’.

“Zon bebas dagangan telah membuat kemajuan yang agak terbatas atau diabaikan dan masih wujud kebimbangan tentang penguatkuasaan hak harta intelek dan diskriminasi ke atas perniagaan EU masih satu kenyataan,” ujarnya.

Cecilia Malmstrom semasa memberi ucapan di Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa di Bei-jing pada 11 Julai. - AP
Cecilia Malmstrom semasa memberi ucapan di Universiti Perniagaan dan Ekonomi Antarabangsa di Bei-jing pada 11 Julai. – AP

Dia juga berkata juga dilihat ‘langkah ke belakang’ dalam undang-undang berhubung keselamatan negara dan pertubuhan bukan kerajaan dan dalam bidang keselamatan siber. Kebimbangan masih wujud ‘tentang kebolehramalan dan ketelusan sistem undang-undang dan pengaturan.”

Tahun lalu, pihak berkuasa China telah melancarkan tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini ke atas para peguam dan para pembela hak asasi kemanusiaan, meluluskan undang-undang yang menurut mereka akan membantu NGO tetapi di bawah pengawasan polis dan menggubal undang-undang keselamatan kebangsaan yang terutamanya menyasarkan ke-giatan online.

“Menggerakkan China ke fasa seterusnya pembangunan memerlukan peraturan undang-undang menjadi sebahagiannya,” Malmstrom berkata. Dia telah mengkritik ‘pembatasan ke atas para peguam’ dan pengetatan ke atas kebebasan online.”

“Sekatan ke atas itu, sama ada ia menegah asas sosial atau diperlukan menyimpan kandungan secara setempat, mencerobohi kemajuan ekonomi China dan begitu juga kebebasan bersuara,” katanya lagi. – AP