EU debat isu serangan, penghijrahan

EU debat isu serangan, penghijrahan

VIENNA, 16 Nov (AFP) – Serangan di Paris dan penemuan pasport Syaria berhampiran salah satu mayat penyerang telah menghidupkan perdebatan di Eropah tentang sama ada untuk mengambil pendirian lebih keras ke atas penghijrah.

Dengan benua itu berdepan krisis penghijrahan terbesar sejak Perang Dunia II, negara-negara EU berbalah selama berbulan-bulan tentang bagaimana mengekang aliran dan membahagi-bahagikan ketibaan-ketibaan baru.

Pihak asasi kemanusiaan terus menerus menggesa semalam supaya negara-negara berhati-hati dengan gelombang manusia yang lari dari perang dan kemiskinan di Afrika dan Asia Tenggara.

“Tidak semua pelarian adalah pengganas Kumpulan Islam IS. Tetapi untuk percaya tidak seorang pun pejuang antara orang pelarian adalah naif,” seorang ahli politik, Markus Bavaria dari parti konservatif Bavaria (CSU) memberitahu media Jerman semalam.

“Paris telah mengubah segala-galanya dan tidak ada masa bagi penghijrahan tidak terkawal,” kata Soeder, yang partinya mengkritik pendirian mudah bertolak ansur Canselor Jerman Angela Merkel ke atas orang pelarian.

Namun semalam Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker mempertahankan pendirian itu bahawa ‘tidak perlu bagi kajian menyeluruh dasar Eropah ke atas orang pelarian.’

Mereka telah mengulas beberapa hari selepas sepasukan penyerang melancarkan serangan yang telah diselaraskan, yang mana kumpulan Islam IS mengaku melancarkannya, di bandar Perancis yang telah mengorbankan kira-kira 129 orang.

Penemuan pasport Syria berhampiran mayat seorang penyerang telah membangkitkan kebimbangan bahawa beberapa orang penyerang mungkin telah memasuki Eropah sebagai sebahagian dari kemasukan besar orang yang lari meninggalkan Syria dari perang saudara.