EU dedah pelan ‘berani’ kongsi pelarian

EU dedah pelan ‘berani’ kongsi pelarian

STRASBOURG, Perancis, 9 Sept – Ketua Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker mendedahkan pelan besar hari ini untuk memaksa blok bagi berkongsi 160,000 pelarian dan meredakan tekanan di negeri sempadan dari krisis migrasi terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Dengan Greece dan Hungary bergelut untuk menanganinya, Juncker menggesa Eropah untuk melihat sejarahnya dan tidak takut akan cadangan ‘beraninya’ bagi kuota wajib untuk pelarian yang lari dari konflik di Syria dan tempat lain.

Namun Canselor Jerman, Angela Merkel – yang negaranya menjangkakan penuntut pencari perlindungan tahun ini dan telah mengatakan ia akan mengambil setengah juta setiap tahun selama beberapa tahun – menggesa Eropah untuk bertindak lebih lanjut, mendakwa kuota terikat itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan pembahagian bersekadar yang ‘adil’ berhubung beban itu.

Keadaan menyedihkan para penghijrah telah menyentuh perasaan di seluruh dunia, yang dicetuskan lagi dengan gambar minggu lepas mengenai seorang budak lelaki Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi, yang ditemui mayatnya di sebuah pantai Turki.

Sebagai tindak balas kepada rayuan bagi bantuan daripada Eropah yang semakin dibebani itu, Australia mengatakan ia akan mengambil tambahan lagi seramai 12,000 pelarian dari konflik Syria dan Iraq serta beberapa negara Amerika Selatan juga bersetuju untuk membantu.

Suruhanjaya Eropah, Presiden Jean-Claude Juncker (kiri) bercakap dengan Presiden Parlimen Eropah, Martin Schulz. – AFP
Suruhanjaya Eropah, Presiden Jean-Claude Juncker (kiri) bercakap dengan Presiden Parlimen Eropah, Martin Schulz. – AFP

“Kini bukan masanya untuk rasa takut, ia adalah masa untuk berani, memastikan tindakan bagi Kesatuan Eropah,” kata Juncker dalam ucapan pertamanya dalam Kesatuan Negara-Negara EU kepada Parlimen Eropah di Strasbourg.

Namun dia juga memberi amaran negara-negara anggota daripada membuat perbezaan agama apabila menerima masuk para pelarian.

Kuota mandatori berdepan bantahan sengit, terutamanya dari negara-negara timur EU seperti Hungary, yang berada di barisan hadapan gelombang penghijrah terbesar Eropah dalam masa 70 tahun.

“Kita perlukan persetujuan terikat dalam pengagihan pelarian menurut kriteria adil antara negara-negara anggota,” Merkel memberitahu parlimen Jerman. – AFP