EU dedah pelan terbaru terima penghijrah

EU dedah pelan terbaru terima penghijrah

BRUSSELS, 27 Mei (AFP) – Suruhanjaya Eropah hari ini dijangka mendedahkan versi terbaru rancangannya yang berkontroversi untuk memaksa negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk lebih sama-sama menerima penghijrah yang membuat penyeberangan Mediterranean dengan berbahaya menuju Eropah.

Ketua PBB Ban Ki-moon juga dijangka berada di Brussels selepas menggesa Eropah supaya berusaha lebih untuk membantu para penghijrah dan selepas EU berusaha mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan PBB untuk melancarkan operasi laut ke atas penyeludup penghijrah.

Suruhanjaya itu, eksekutif 28 negara anggota EU, akan meminta negara-negara anggota untuk berkongsi bebanan menerima berpuluh-puluh ribu pencari suaka yang mendarat di Itali, Greece dan Malta.

“Cadangan itu tidak baik, tetapi bererti langkah besar ke hadapan, kerana ia memperkenalkan dasar perpaduan,” ujar ketua dasar luar EU, Federica Mogherini semalam.

“Kita akan terpaksa membina sepersetujuan” sekitar cadangan penempatan semula bagi pencari suaka ‘supaya menteri-menteri dalam negeri boleh meluluskannya’ dengan hanya majoriti mudah apabila mereka mengadakan pertemuan pada 16 Jun di Luxembourg, tambahnya.

Tugas ini terutamanya bakal rumit kerana Britain, Hungary, negara-negara Baltic, Republik Czech dan Poland membantah pemindahan semula mandatori berdasarkan sistem ‘penting’ pengagihan semula.

Cadangan yang telah dikemukakan hari ini oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalam EU Dimitris Avramopoulos mengatakan penghijrah-penghijrah diagihkan mengikut empat kriteria: penghasilan kasar negara, penduduk, penganggur dan bilangan permohonan suaka yang telah pun didaftarkan di negara itu.

Rancangan pemindahan semula adalah untuk membolehkan pemindahan ke negara lain mereka yang layak bagi perlindungan antarabangsa. Ia mencabuli peraturan Dublin yang memerlukan negara tempat pencari suaka kali pertama mendarat, untuk menerima mereka.