EU, Filipina setuju lancar rundingan perdagangan bebas

EU, Filipina setuju lancar rundingan perdagangan bebas

BRUSSELS, 22 Dis (dpa) – Kesatuan Eropah (EU) dan Filipina bersetuju hari ini untuk melancarkan rundingan perjanjian perdagangan bebas, sebagai usaha blok Eropah untuk meningkatkan hubungan dengan Asia Tenggara.

“Filipina telah menjadi salah sebuah negara ekonomi yang pantas berkembang di rantau itu dalam beberapa bulan kebelakangan. Kami perlu memastikan syarikat kami menikmati keadaan betul untuk merebut potensi hebat pasaran bagi 100 juta pengguna itu,” kata Pesuruhjaya Perdagangan EU, Cecilia Malmstrom.

Pusingan pertama rundingan antara negara pulau itu dan 28 negara EU dijangka akan diadakan pada separuh pertama tahun depan di Filipina.

EU sangat berminat untuk membatalkan duti kastam, namun memberi amaran yang mana-mana perjanjian perlu berusaha memastikan bahawa “hubungan ekonomi rapat…. sejajar dengan perlindungan persekitaran dan pembangunan sosial.”