EU gesa perpisahan segera Britain

EU gesa perpisahan segera Britain

BRUSSELS, 28 Jun (AFP) – Para pemimpin EU akan menggesa Britain segera berpisah dari gabungan pada sidang mesyuarat tegang hari ini, ketika cuba merancang laluan masa depan melalui krisis yang menggegarkan pasaran sejagat.

Jerman, Perancis dan Itali bersetuju sebelum sidang mesyuarat di Brussels bahawa mungkin tidak ada rundingan tentang hubungan Britain dengan gabungan itu sehingga selepas ia telah secara rasmi memaklumkan EU tentang niatnya untuk keluar dengan menggunakan Bab 50.

Tetapi Perdana Menteri David Cameron yang mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan selepas undi referendum mengejutkan itu, menegaskan Britain tidak akan mengorak langkah perpisahan sehingga penggantinya dilantik pada September.

Dengan kepulangan pasukan bola sepak England dari Perancis setelah disingkirkan dari Euro 2016 oleh Iceland, Cameron akan menuju Brussels bagi pertemuan janggal dengan 27 rakan sejawatan beliau.

David Cameron ketika bercakap kepada media setibanya sebelum satu mesyuarat sidang kemuncak EU semalam di ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels. Para pemimpin EU menggesa supaya Britain segera berpisah dari gabungan pada sidang mesyuarat tegang semalam. – AFP
David Cameron ketika bercakap kepada media setibanya sebelum satu mesyuarat sidang kemuncak EU semalam di ibu pejabat Kesatuan Eropah di Brussels. Para pemimpin EU menggesa supaya Britain segera berpisah dari gabungan pada sidang mesyuarat tegang semalam. – AFP

Satu sumber kerajaan Britain berkata sebelum pertemuan itu bahawa Cameron akan mengulangi pendiriannya bahawa memulai pengunduran Britain dari EU adalah tugas penggantinya.

“Beliau mahu menggalakkan orang supaya berfikir tentang bagaimana UK dan EU perlu berusaha kini untuk membuat yang terbaik dari keputusan yang telah diambil oleh rakyat Britain,” tambah sumber itu. Cameron akan terlebih dahulu berbincang dengan Presiden EU Donald Tusk sebelum Majlis Eropah mengadakan pertemuan lewat hari ini.

Kemudian, Perdana Menteri Britain akan menjelaskan si-tuasi itu kepada rakan-rakan pemimpin pada jamuan makan malam, menurut surat jemputan dari Tusk.