EU kerah reformasi korupsi FIFA

EU kerah reformasi korupsi FIFA

BRUSSEL, Belgium, 2 Jun (AFP) – Kesatuan Eropah (EU) semalam meminta FIFA untuk melakukan reformasi dengan segera dalam kejadian skandal rasuah yang melanda badan bola sepak itu, yang berkata integriti sukan itu dalam bahaya.

“Korupsi tidak mempunyai tempat dalam sukan,” kata Nathalie Vandystadt, jurucakap bagi Suruhanjaya Eropah, eksekutif dari 28 buah negara EU.

“FIFA mempunyai masa yang cukup dan peluang untuk melakukan reformasi. Sekarang sudah tiba masanya bagi perubahan. Integriti bola sepak dalam bahaya,” Vandystadt memberitahu sidang akhbar.

“Berjuta peminat di seluruh dunia hilang sabar dan mereka layak menerima lebih baik lagi,” tambahnya sambil enggan mengulas mengenai pemilihan semula Sepp Blatter sebagai ketua FIFA pada Jumaat lalu.

EU adalah di antara banyak suara yang meminta bagi reformasi selepas seminggu yang menyaksikan tujuh pegawai FIFA ditahan dan 18 orang yang mempunyai hubungan ke atas dakwaan rasuah oleh Jabatan Kehakiman AS.

Suruhanjaya itu bagaimana pun enggan menyokong permintaan di sebahagian Eropah bagi mengadakan boikot terhadap jadual Piala Dunia yang akan diadakan di Rusia pada 2018.

“Ini bukanlah pilihan yang kami ada di atas meja. Kami akan terus memantau perkembangan dalam penyiasatan FIFA,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA