EU lindungi industri keluli

EU lindungi industri keluli

BEIJING, 13 Julai – Ketua Suru-hanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker berkata hari ini bahawa blok itu akan menggunakan apa cara sekalipun untuk melindungi dirinya daripada kebanjiran import keluli China yang disalahkan atas pergolakan pasaran global.

China, yang menghasilkan lebih separuh daripada keluli dunia, meluasnya dituduh di Eropah, melambakkan pengeluarannya dalam pasaran dunia dan mencabul perjanjian perdagangan sehingga menjejaskan kerja tempatan.

“EU akan mempertahankan industri kelulinya. Kami berupaya mempertahankan diri, dan kami akan menggunakan semua yang ada,” kata Juncker kepada para wartawan di Beijing.

Menurutnya lagi, terdapat ‘kaitan jelas’ antara China mengurangkan kapasiti berlebihan keluli dan EU memberinya ‘status pasaran ekonomi’ – suatu yang dinantikan oleh Beijing.

China telah menekan EU untuk memberinya status itu – yang akan menjadikan ia sukar bagi blok itu untuk mengenakan tarif anti-dumping – sebelum hujung tahun ini, memetik peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Perdana Menteri China, Li Keqiang (tengah, kanan) dan Jean-Claude Juncker (tengah, kiri) bercakap ketika pegawai China dan EU menandatangani perjanjian di Great Hall of the People di Beijing pada 13 Julai. – AFP
Perdana Menteri China, Li Keqiang (tengah, kanan) dan Jean-Claude Juncker (tengah, kiri) bercakap ketika pegawai China dan EU menandatangani perjanjian di Great Hall of the People di Beijing pada 13 Julai. – AFP

Juncker berkata EU ‘belum lagi memutuskan’ tentang hal itu, namun akan melakukannya berikutan satu ‘penilaian impak’.

Eksport keluli China ke EU meningkat 28 peratus pada suku pertama tahun ini, sementara harga jatuh sehingga lebih 30 peratus, dia memetik statistik rasmi sebagai berkata.

Ketua Suruhanjaya itu bercakap selepas sidang kemuncak perniagaan EU-China, di mana beliau memuji ‘era baru hubu-ngan bilateral’, namun menambah ia ‘perlu mempertimbangkan kepentingan keluli di seluruh dunia’. – AFP