EU: Pelan kurang cukai Britain bukan idea bagus

EU: Pelan kurang cukai Britain bukan idea bagus

PARIS, 5 Julai – Para pegawai tertinggi ekonomi Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengkritik cadangan Britain untuk mengurangkan cukai korporat kepada kurang 15 peratus ekoran pe-ngundian negara untuk meninggalkan blok.

Menteri kewangan Britain George Osborne berkata pada hujung minggu beliau akan berusaha untuk mengurangkan cukai korporat kepada kurang 15 peratus disebabkan kebimbangan peninggalan korporat selepas referendum pada 23 Jun untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Sebanyak 28 buah negara EU memberikan sambutan dingin terhadap rancangan tersebut, berkata ia akan menambah ancaman pemotongan cukai korporat tatkala negara cuba menarik firma ke tanah air mereka.

“Mencecah 15 peratus bagi saya bukan merupakan satu inisiatif yang bagus,” beritahu pesuruhjaya hal ehwal ekonomi EU, Pierre Moscovici, kepada stesen radio Perancis Radio Classique.

“Kami tidak harus memasuki persaingan fiskal yang semakin teruk di antara kami, atau pembuangan fiskal,” kata Moscovici dalam reaksi awam pertama oleh blok terhadap cadangan Osborne.

Menteri kewangan Britain itu mendedahkan rancangannya dalam satu temu bual dengan akhbar Financial Times yang disiarkan pada petang Ahad. Perbendaharaan mengesahkan komen berkenaan kepada AFP.

Sebelum pengundian Brexit, kadar cukai Britain ke atas keuntungan korporat telah pun dijangka dipotong daripada 20 peratus kepada 19 pada tahun depan dan kepada 17 peratus pada 2020.

Namun sasaran baru itu, yang tidak mempunyai jadual masa, akan memberikan Britain kadar paling rendah mana-mana ekonomi utama, dan meletakkannya lebih dekat dengan kadar 12.5 peratus di anggota EU Ireland.

“Kami mesti memberi tumpuan pada pandangan dan perjalanan di depan dan memanfaatkan sepenuhnya apa yang berlaku,” beritahu Osborne kepada akhbar Financial Times. – AFP