EU perlu campur tangan

EU perlu campur tangan

GENEVA, 10 Julai (Reuters) – Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata hari ini Greece secara keras memerlukan pertolongan untuk menangani 1,000 pelarian yang datang setiap hari dan menyeru Kesatuan Eropah (EU) untuk campur tangan sebelum keadaan kemanusiaan itu bertambah teruk.

Lebih dari 77,000 orang telah datang melalui laut ke Greece setakat ini tahun ini, lebih dari 60 peratus daripada mereka adalah warga Syria, sementara yang lainnya daripada pelaria Afghanistan, Iraq, Eritrea dan Somalia, katanya.

“Situasi ekonomi turun naik, digabungkan dengan meningkatnya jumlah kedatangan baru, membuat tekanan yang teruk dalam komuniti pulau kecil,” William Splinder Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) memberitahu dalam satu taklimat.

Pihak berkuasa tempatan dalam pulau-pulau termasuk Lesvos, di mana situasi itu “terutamanya mengerikan”, tidak berupaya mengendalikan aliran besar-besaran, katanya, sementara mencatatkan kebanyakan pelarian berpindah melalui Macedonia, Serbia dan Hungary selepas mendaftar dengan polis Greece.

Kami inginkan EU untuk mengaktifkan tindak balas kecemasan kerana Greece merupakan sebahagian daripada EU. Ini terjadi di Eropah, di pintu masuk Eropah,” kata Spindler. “Greece segera memerlukan bantuan dan kami ingin Eropah untuk masuk campur.”

Sebahagian pelarian yang dilihat melarikan diri dari tempat tinggal asal mereka. – Reuters
Sebahagian pelarian yang dilihat melarikan diri dari tempat tinggal asal mereka. – Reuters

Jangkaan 150,000 pendatang asing telah tiba ke Eropah melalui laut setakat ini pada 2014, kebanyakan mereka di Greece dan Itali, menurut Organisasi Antarabangsa untuk Penghijrah (IOM).

Lebih dari 1,900 pendatang telah lemas di Mediterranean, dua kali ganda dari waktu yang sama tahun lepas, jurucakap Joel Millman berkata.

Seramai 12 pendatang mati kelmarin apabila perahu kecil getah yang penuh sesak, tenggelam di pesisiran Libya, menurut Pengawal Pantai Itali, sementara 5000 lagi diselamatkan dalam kejadian terbaru krisis penghijrahan Mediterranean.

“Kami sangat bimbang kemungkinan masih ada mayat yang perlu dikeluarkan hari ini dan pada hujung minggu,” kata Millman.

ARTIKEL YANG SAMA