EU perlu pertahan ‘maruah’ penghijrah

EU perlu pertahan ‘maruah’ penghijrah

HUNGARY, 31 Ogos (AFP) – Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) semalam menggesa bagi tindakan untuk mempertahankan ‘maruah’ penghijrah, sebelum rundingan kecemasan baru, ketika ketegangan meluap-luap di sempadan timur EU ekoran krisis yang menjadi-jadi.

Menteri-menteri Hal Ehwal Dalam Negeri akan mengadakan pertemuan pada 14 September di Brussels untuk cuba ‘mengukuhkan respons Eropah’ terhadap kemasukan, menurut Luxembourg, yang memegang jawatan presiden EU yang dipegang secara bergilir-gilir.

“Eropah perlu berhenti menukar dan mula bergerak,” Perdana Menteri Itali Matteo Renzi berkata, dengan menggesa lagi bagi pembahagian lebih adil para penghijrah dikalangan 28 anggota negara EU.

Beberapa penghijrah mempamerkan tiket kereta api mereka menuju ke Austria di stesen kereta api di Budapest. – Reuters
Beberapa penghijrah mempamerkan tiket kereta api mereka menuju ke Austria di stesen kereta api di Budapest. – Reuters

Eropah berusaha menangani bilangan meningkat orang yang membanjiri menyeberangi sempadan-sempadannya – tahun ini saja, kira-kira 300,000 orang, menurut PBB dalam krisis yang telah mendedahkan perpecahan mendalam dalam gabungan itu.

Menteri Luar Perancis Laurent Fabius semalam berkata adalah ‘memeranjatkan’ sebilangan negara-negara Timur Eropah enggan menerima lebih ramai penghijrah dan berkata pembinaan perintang Hungary untuk menghala ketibaan baru ‘tidak menghormati nilai-nilai sama Eropah’ yang menimbulkan respons lambat dari Budapest.