EU redakan ketegangan kemasukan migrasi

EU redakan ketegangan kemasukan migrasi

BRUSSELS, 26 Okt (AFP) – Kesatuan Eropah hari ini berjanji Isnin untuk membantu menubuhkan 100,000 tempat di pusat penerimaan di sepanjang laluan pendatang asing melalui kawasan Balkan, dalam usaha untuk meredakan ketegangan yang meningkat di sempadan timur dan berusaha bagaimana untuk menangani krisis itu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker membuat pengumuman itu selepas mengadakan perbincangan tergempar dengan ketua-ketua 10 negara EU, termasuk Canselor Jerman Angela Merkel, bersama dengan pemimpin-pemimpin bukan EU seperti Albania, Serbia dan Macedonia.

“Mengatasi urusan hal ehwal Penghijrahan bersama-sama adalah satu-satunya cara untuk memulihkan keadaan dan memperlahankan kedatangan pendatang asing secara tidak terkawal. Kemasukan pendatang asing yang tidak terkawal perlu dielakkan,” Juncker memberitahu pada sidang akhbar di Brussels.

Mesyuarat itu diadakan selepas Bulgaria, Romania dan Serbia Sabtu lalu memberi amaran mereka boleh menutup sempadan mereka untuk menghalang mereka menjadi “zon penampan” untuk berpuluh-puluh ribu orang yang ingin memasuki ke Eropah setiap hari.

Lebih daripada 670,000 orang telah memasuki tanah Eropah tahun ini. Sebahagiannya merupakan mereka yang melarikan diri daripada keganasan di Syria, Iraq dan Afghanistan dalam krisis penghijrahan paling teruk di benua itu sejak Perang Dunia II.

“Ini merupakan salah satu ujian litmus yang paling besar yang Eropah pernah hadapi,” Merkel memberitahu pada sidang akhbar.