EU selar junta Thai dakwa aktivis pelajar

EU selar junta Thai dakwa aktivis pelajar

BANGKOK, 30 Jun (AFP) – Kesatuan Eropah (EU) menyelar junta Thailand hari ini kerana meneruskan dakwaan hasutan ke atas sekumpulan aktivis pelajar anti-rampasan kuasa, sambil menyifatkan penangkapan dan pendakwaan mereka di mahkamah tentera sebagai “perkembangan membimbangkan”.

Empat belas pelajar yang ditahan adalah sebahagian rangkaian kecil pengempen pro-demokrasi yang secara terbuka berani mencabar pemimpin-pemimpin ketenteraan Thailand selepas pemimpin-pemimpin ketenteraan itu merampas kuasa dari kerajaan yang dilantik tahun lalu dan mengenakan kawalan ketat ke atas kebebasan awam.

Mereka ditahan Jumaat lalu selepas mengadakan bantahan di Monumen Demokrasi Bangkok pada hari sebelumnya dan didakwa dengan tuduhan menghasut, satu kesalahan keselamatan negara yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

ARTIKEL YANG SAMA