EU senarai hitam 17 negara hindar cukai

BRUSSELS, 6 Dis – Kesatuan Eropah (EU) semalam meletakkan 17 buah negara bukan EU dalam senarai hitam mereka yang dianggap bersalah secara tidak adil menawarkan skim pengelakan cukai.

Timbalan Presiden EU, Valdis Dombrovskis berkata selepas mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri kewangan blok itu yang melebihi 17 negara, lebih 40 buah negara diletakkan pada ‘senarai kelabu’ yang akan dipantau sehingga mereka sepenuhnya komited terhadap reformasi.

“Cukai perlindungan tidak akan hilang daripada radar kami dan kami akan meningkatkan tekanan,” katanya lagi.

EU berkata negara yang disenaraihitamkan itu enggan memberi kerjasama dan mengubah haluan mereka selepas perundingan hampir setahun.

Yang disenaraihitamkan itu ialah: Samoa Amerika, Bahrain, Barbados, Grenada, Guam, Korea Selatan, Macau, Kepulauan Marshall, Mongolia, Namibia, Palau, Panama, St. Lucia, Samoa, Trinidad & Tobago, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.

Presiden Panama Juan Carlos Varela, membantah negaranya disenaraihitamkan, dengan mengatakan ia mencapai perubahan terhadap penghindaran cukai.

Panama telah dibidas kerana pembocoran dokumen termasuklah Panama Papers dan Paradise Papers, yang menunjukkan bagaimana yang kaya telah menyembunyikan kekayaannya dalam syarikat-syarikat shell di Panama dan negara-negara kecil yang lain.

Hukuman EU ke atas negara-negara yang disenaraihitamkan masih perlu dipastikan.

Buat sementara, ancaman disenarai-hitamkan dan sekatan telah mendorong banyak negara untuk memberikan kerjasama dengan EU, menandakan malu secara terbuka telah memberikan impaknya, menurut ahli undangan EU, Tom Vandenkendelaere dari Demokrat Kristian EPP.

“Ia telah pun memberi impak positif. Untuk mengelak daripada tersenarai, banyak negara telah memberikan kerjasama mereka,” kata Vandenkendelaere. – AP