EU tangguh sekatan ke atas Presiden Belarus

EU tangguh sekatan ke atas Presiden Belarus

MINSK, 13 Okt – Kesatuan Eropah (EU) semalam bersetuju menangguhkan sekatan ke atas rejim orang kuat Belarus, Alexander Lukashenko selepas beliau memenangi penggal kelima sebagai presiden, meskipun para pemerhati berkata pilihan raya itu ada kecacatannya.

Pernah digelar ‘diktator terakhir Eropah’ oleh Washington, Lukashenko, 61 tahun telah memenangi penggal kelima berturut-turut Ahad lalu, dengan meraih 83.5 peratus undi, menurut perangkaan rasmi.

Menteri-menteri luar EU bersetuju menangguhkan sekatan selama empat bulan selepas pilihan raya berjalan tanpa sebarang insiden. Menteri Hal Ehwal Eropah, Perancis Frank-Walter Steinmeier berkata nampaknya kurang penindasan dari pilihan raya lalu, dan ketua hal ehwal EU berjanji akan bekerjasama dengan Belarus untuk meningkatkan rangka pemilihan sebelum pilihan raya parlimen tahun depan.

Tetapi Washington menyuarakan kekecewaan, berkata undian ‘kurang’ komitmen negara kepada pilihan raya bebas dan saksama.

Dan para pemerhati dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) berkata awal semalam, integriti pengundian telah dilemahkan oleh ‘masalah ketara’ terutamanya ketika pengiraan undi. – AFP