EU terima pakai kaedah keselamatan siber

EU terima pakai kaedah keselamatan siber

BRUSSELS, 19 Mei (NNN) – Majlis bagi Kesatuan Eropah (EU) secara rasminya menerima pakai satu kaedah baru dalam meningkatkan rangkaian keselamatan dan sistem maklumat di seluruh EU.

Perintah rangkaian dan keselamatan maklumat (NIS) itu akan meningkatkan kerjasama antara negara-negara ahli EU pada isu penting dalam keselamatan siber, menurut majlis itu.

Ia menggariskan tanggungjawab keselamatan bagi pengusaha perkhidmatan penting, dalam sektor-sektor kritikal seperti tenaga, pengangkutan, kewangan dan kesihatan, dan bagi pembekal perkhidmatan digital termasuk pasar dalam talian, carian Internet dan perkhidmatan cloud.

Setiap negara ahli EU juga diperlukan untuk menetapkan satu atau lebih banyak pihak berkuasa kebangsaan dan untuk mewujudkan satu strategi bagi menangani ancaman-ancaman siber, menurut majlis itu lagi.

Belanda bersama dengan Agensi bagi Rangkaian dan Keselamatan Maklumat EU (ENISA) telah mula mempersiapkan implementasi bagi perintah itu.

Untuk menyimpulkan prosedur itu, tindakan undang-undang masih perlu diluluskan oleh Parlimen Eropah, dan perintah itu mula berkuat kuasa pada Ogos 2016, menurut Majlis itu.