EU umum bantu Greece

EU umum bantu Greece

BRUSSELS, 2 Mac (AFP) – Kesatuan Eropah (EU) hari ini akan mengumumkan rancangan untuk bantuan kecemasan kepada Greece yang sedang bergelut untuk menghadapi kemasukan penghijrah dengan beribu-ribu trak terkandas di sempadannya selepas negeri Balkan memperketat sempadan mereka.

Brussels dijangka akan mengusulkan ratusan juta euro dalam bantuan untuk menangani krisis ketika ribuan pelarian terkandas dalam kesengsaraan kesejukan di sempadan Greece-Macedonia selepas siri negeri Balkan menutup sempadan mereka.

Greece telah meminta wang berjumlah 480 juta euro untuk membantu melindungi 100,000 pelarian tatkala Eropah menghadapi aliran pelarian terbesarnya sejak Perang Dunia Kedua dalam satu krisis yang telah mencetuskan perbalahan dan mengancam perpaduan blok.

Jeneral NATO Philip Breedlove mengingatkan aliran orang yang ramai ke EU terutamanya dari Syria mempunyai kesan teruk.

Beliau menyalahkan Presiden Syria Bashar al-Assad dan penyokongnya Rusia, menuduh mereka mengubah krisis penghijrah kepada satu ‘senjata’ menentang Barat.

Pesuruhjaya Eropah Cypriot yang bertanggungjawab dalam bantuan kemanusiaan dan pengurusan krisis Christos Stylianides menyampaikan sidang media berkaitan bantuan kecemasan yang bertindak atas krisis dalam EU, di Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 2 Mac. – AFP
Pesuruhjaya Eropah Cypriot yang bertanggungjawab dalam bantuan kemanusiaan dan pengurusan krisis Christos Stylianides menyampaikan sidang media berkaitan bantuan kecemasan yang bertindak atas krisis dalam EU, di Suruhanjaya Eropah di Brussels pada 2 Mac. – AFP

“Bersama, Rusia dan rejim Assad sengaja menjadikan penghijrahan sebagai senjata dalam satu percubaan mengalahkan struktur Eropah dan mematahkan semangat Eropah,” beritahu Breedlove kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat.

Greece telah bergelut untuk menghadapi kemasukan penghijrah yang telah tiba beramai-ramai dari Turki.

Pesuruhjaya bantuan kemanusiaan EU Christos Stylianides berkata di Twitter bahawa beliau akan mencadangkan pada hari ini “satu alat untuk bantuan kecemasan dalam EU.”

Beliau mengesahkan “Greece meminta lebih banyak bantuan untuk pelarian yang terkandas. Saya menggesa semua negara anggota supaya memberikan lebih banyak sumbangan.”

Wang akan datang daripada dana bantuan yang biasanya dibelanjakan ke atas kecemasan kemanusiaan di luar blok.

Satu sumber Greece memberitahu AFP bahawa separuh daripada jumlah akan disalurkan kepada penempatan 50,000 pelarian dalam kem sementara yang selebihnya akan disalurkan kepada hotel dan penginapan.

Greece berkata penjagaan penghijrah memerlukan kira-kira 8,200 pegawai, polis, bomba, kakitangan perubatan, pekerja lapangan dan penterjemah.