Eugenie Bouchard kembali raih kejayaan

Eugenie Bouchard kembali raih kejayaan

INDIAN WELLS, United States, 11 Mac (AFP) – Eugenie Bouchard mengorak langkah dalam aksi kembalinya bagi mencatatkan kejayaan 2-6, 6-4, 6-2 ke atas pemain kelayakan, Risa Ozaki pada pusingan pembukaan di Indian Wells semalam.

Pemain yang berusia 22 tahun dari Kanada itu melalui tahun sukar pada 2014 apabila mencapai kedudukan no.5 dunia, adalah permulaan menarik mara ke peringkat akhir Kejohanan Terbuka Malaysia pada Ahad di mana beliau tewas kepada Elina Svitolina 6-7 (5/7), 6-4, 7-5.

Ini adalah pertemuan pertama kerjaya di antara Bouchard dan Ozaki, yang memenangi dua pertandingan kelayakan untuk berada dalam undian utama. Ozaki mempamerkan persaingan sukar yang menggabungkan pukulan dan membuat beberapa kesilapan pada peringkat awal pertandingan. “Saya merasa terjejas,’ kata Bouchard, yang menambah beliau merasa letih dari jadual perjalanan yang sangat sibuk. “Saya merasa lebih emosi berbanding biasa. Ia adalah dari hari–hari tersebut di mana saya merasa pelik dan sukar di atas gelanggang.

Eugenie ketika bersaing dengan Risa Ozaki pada pusingan pembukaan di Indian Wells semalam. – AFP
Eugenie ketika bersaing dengan Risa Ozaki pada pusingan pembukaan di Indian Wells semalam. – AFP

“Saya hanya memberitahu diri, saya suka bermain tenis, saya perlu mencuba. Jika saya tewas saya mahu tewas dengan cara yang betul. Sekurang–kurangnya ia berada di laluan yang tepat.”

Bouchard mara ke suku akhir Terbuka Australia pada tahun lepas tetapi kemudian menyaksikan permainannya terjejas.

Berada di Indian Wells pada tahun ini, beliau berada di rangking ke-42 dunia. Beliau mengalami konkusi pada Kejohanan Terbuka 2015 selepas tergelincir dalam bilik persalinan dan kepalanya terhantuk, yang menyebabkannya menarik diri daripada acara Grand Slam.

Beliau terlibat dalam perbalahan perundangan bersama Persatuan Tenis AS.