Euro 2016: Conte harapan Itali

Euro 2016: Conte harapan Itali

MILAN, 13 Mei (AFP) – Antonio Conte (gambar) sudah mengesahkan dirinya selaku antara jurulatih terbaik Eropah sebelum ke Euro 2016 namun dibenci di bandar kelahirannya, Lecce dengan pendakwa raya berusaha untuk memenjarakannya.

Selepas tiga tahun yang berjaya sebagai jurulatih Juventus, Conte membawa ‘Azzurri’ ke Perancis untuk membalas dendam selepas tersingkir pada pusingan pertama daripada dua Piala Dunia.

Jika berjaya, dia akan mengukuhkan lagi kedudukan sebelum berhijrah ke gergasi Liga Perdana, Chelsea pada Julai. Kegagalan akan menggembirakan mereka yang pernah dilukainya ketika bergelar pemain dan jurulatih Serie B.

Bekas bintang tengah Lecce, Conte digambarkan sebagai pengkhianat oleh penyokong di bandar selatan itu.

pg21_160514_c

Pada Ogos 1997, Conte menerima hantaran lintang dari Zinedine Zidane untuk menjaringkan gol kedua Juventus dalam kemenangan 2-0 mengatasi Lecce.

Sambutan gol selepas itu membuatkan penyokong Lecce marah dan menggelar Conte sebagai ‘rinnegato’ (pengkhianat).

Mereka sentiasa meminta Saint Orontius of Lecce untuk menghukum Conte dengan laungan: “Kami harap Saint Orontius menghukum pengkhianat Lecce!”