Euro 2016 diselubungi kebimbangan keganasan

Euro 2016 diselubungi kebimbangan keganasan

BELGIUM-ATTENTAS-ATTACKS

PARIS, 25 Mac (AFP) – Pihak berkuasa Perancis berikrar bagi menempatkan keselamatan maksimum bagi Kejuaraan Eropah yang bermula pada Jun depan tetapi pegawai–pegawai tertinggi dan pakar mengakui negara itu dalam keadaan terdedah untuk menghalang serangan Islamic State.

Beratus ribu penyokong dari 24 buah negara dijangka menyertainya di Perancis bagi perlawanan yang bermula 10 Jun. Tetapi serangan militan di Paris pada November lalu dan Brussels minggu ini sudah memberikan bayangan terhadap acara tersebut.

Euro 2016, yang dipastikan untuk menarik tumpuan global dengan pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovic, adalah tidak mustahil untuk dilindungi, pakar Perancis mengakui.

“Kami merasa terkejut mengenai Euro,’ ahli perkhidmatan anti pengganas Perancis memberitahu AFP tanpa mahu dikenali.

“Saya menyertai mesyuarat bersama beberapa orang dari jawatankuasa penganjuran. Mereka menggambarkan kemungkinan serangan, tertanya-tanya sama ada perlawanan akan bermula pada hari seterusnya atau hari selepas.

“Saya marah. Saya bangun dan berkata, berapa ramai lagi kematian untuknya menghentikan segalanya.”

Ketakutan menyelubungi zon peminat dalam 10 buah bandar raya hos yang menyaksikan di antara 10,000 dan 100,000 orang.

Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuva minggu ini berkata bahawa Perancis tidak seharusnya menyerah kepada pengganas dan membatalkan sebarang acara.