Euro jatuh dalam dagangan Asia

Euro jatuh dalam dagangan Asia

TOKYO, 30 Jun (AFP) – Euro jatuh dalam dagangan Asia hari ini ketika para pelabur memikirkan peluang kegagalan Greece dan kesan sampingannya.

Matawang bersama itu jatuh kepada $1.1195 dalam dagangan Tokyo dari $1.1247 di New York lewat semalam.

Matawang 19 negara itu telah pulih dari catatan rendah hampir sebulan semalam pada laporan berita bahawa menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata dia tidak menganggap Greece sebagai risiko berjangkit bagi yang lain dalam eurozone.

“Buat masa sekarang kejutan terbesar ialah kelemahan euro tidak banyak,” kata Matthew Sherwood, ketua penyelidikan pasaran pelaburan di Sydney di Perpetual.

“Jangkaan pasaran ialah situasi Greece dapat ditangani meskipun ia keluar dari kesatuan,” katanya dalam nota pelanggan.

Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras mengejutkan dunia pada hujung minggu dengan menyeru bagi pungutan suara berhubung syarat penjimatan yang dituntut oleh para pemiutangnya dalam pertukaran bagi dana jaminan.

Langkah itu menambah kemungkinan kegagalan Greece membayar hutang dan pemergian dari eurozone.

Semalam, Tsipras membayangkan Athens akan gagal membayar hutang 1.5 bilion euro yang harus dibayar hari ini kepada Dana Matawang Antarabangsa, rakan dalam jaminan dengan Suruhanjaya Eropah dan Bank Pusat Eropah.