Euro kukuh pemerolehan

Euro kukuh pemerolehan

TOKYO, 29 Dis – Euro mengekalkan pemerolehannya dalam perniagaan hari ini, selepas seorang pegawai Bank Pusat Eropah (ECB) memberi petunjuk pada satu lagi perangsang, sementara kebimbangan mengenai ekonomi China menjejas yuan.

Anggota lembaga eksekutif ECB Yves Mersch berkata penggubal dasar “belum menggunakan segala sumber kami,” menurut satu petikan daripada temu ramah dengan Forum Pengurus Bank Antarabangsa.

Kemungkinan pelaksanaan pelonggaran seterusnya – yang cenderung melemahkan euro – diadakan selepas ECB mengecewakan pasaran pada bulan ini dengan skop terhad usaha terbarunya untuk memulihkan ekonomi zon euro.

Euro meningkat selepas pengumuman langkah dasar ECB. “Dalam kenyataan terakhir mereka, mereka tidak memberikan apa yang dijangka oleh pasaran,” beritahu Jason Wong, ahli strategi mata wang di Bank New Zealand di Wellington, kepada Bloomberg News.

Di Tokyo hari ini, unit itu dijual dengan harga $1.0980 berbanding 1.0970 di New York, sementara ia juga meningkat kepada 132.15 yen daripada 132.05 yen.

Euro telah naik hampir empat peratus berbanding dolar pada bulan ini, yang terbaiknya sejak April. Dalam perniagaan lain, dolar merosot kepada 120.26 yen daripada 120.38 yen, sementara yuan merosot kepada 6.5675 berbanding dolar daripada 6.488 semalam.

Sentimen pasaran telah terjejas tatkala harga minyak merosot sekali lagi semalam, selepas kemerosotan dalam keuntungan di firma perindustrian China memburukkan lagi kebimbangan mengenai ekonomi nombor dua dunia, penjana utama pertumbuhan global.

Sementara itu, rupiah Indonesia merosot 0.17 peratus berbanding dolar, won Korea Selatan merosot 0.22 peratus, sementara rupee India meningkat 0.02 peratus dan ringgit Malaysia meningkat 0.09 peratus. – AFP