Euro labuh tirai dengan pelbagai kejutan

Euro labuh tirai dengan pelbagai kejutan

PARIS, 11 Julai – Kejohanan Eropah (EURO) berakhir hari ini dengan Portugal meraih kemenangan mengejutkan ke atas Perancis dalam perlawanan akhir – kejutan akhir dalam perlawanan yang menyaksikan para peminat yang pelbagai ragam, kebangkitan Antoine Griezmann sebagai bintang antarabangsa dan Cristiano Ronaldo yang diusung keluar dengan tangisannya dan masih menang.

Euro 2016 bukanlah sesuatu yang klasik bagi penggemar sejati bola sepak tetapi kegembiraan sejati bagi sesiapa pun yang berseronok dalam kegagalan sukan.

Bagi Perancis, Euro 2016 adalah penawar bagi serangan ganas dan kekacauan sosial selama berminggu-minggu sehingga perlawanan akhir. Samseng-samseng Rusia telah menguji pasukan keselamatan tuan rumah tetapi para peminat Republik Ireland bernyanyi hingga memikat hati pasukan Perancis.

Pelbagai keajaiban berlaku di Euro

Diperluaskan kepada 24 buah pasukan buat pertama kalinya, sebilangan pihak melahirkan kebimbangan bahawa negara-negara kecil tidak sampai ke tahap itu.. Tetapi Iceland, Wales dan Portugal telah menjawab doa UEFA.

Iceland menumpaskan England 2-1 dalam 16 permainan terakhir, salah satu kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak. Penjaring Iceland Ragnar Sigudsson berkata England ‘panik’. Ketua Pertubuhan Bola sepak Bola sepak Inggeris Martin Glenn tidak memahami mengapa England begitu rapuh di peringkat antarabangsa.

Wales, mengukuh sekitar pemain penyerang berpengaruh Real Madrid, Gareth Bale, tewas kepada England tetapi masih sampai ke perlawanan separuh akhir dengan keazaman, bola sepak yang menghiburkan yang mengetepikan Rusia dan Belgium dengan kemenangan 3-1.

UEFA-Euro-2016-Logo

Ronaldo mengucup trofi selepas Portugal memenangi perlawanan akhir Euro menentang Perancis semal-am. - AFP
Ronaldo mengucup trofi selepas Portugal memenangi perlawanan akhir Euro menentang Perancis semal-am. – AFP

Perlukan kelas Cristiano Ronaldo untuk mengatasi rakan sepasukannya di Real Madrid dalam empat perlawanan terakhir.

Ireland Utara juga memperlihatkan persembahan berani untuk sampai ke suku akhir menentang Wales.

Perancis dan Portugal menempuhi nasib mereka dalam perlawanan-perlawanan awal tetapi diragui mereka layak menang dalam perlawanan separuh akhir, masing-masing mengatasi Jerman dan Wales.

Portugal bermula sebagai 25-1 sebagai pasukan yang tidak diduga untuk memenangi perlawanan tetapi berjaya keluar dari kesedihan di perlawanan akhir.

Mereka kehilangan Ronaldo, yang diusung keluar selepas bermain 25 minit, dan mengharungi tekanan Perancis selama 109 minit sebelum Eder mencipta gol kemenangan mengatasi penjaga gol yang juga kapten Perancis, Hugo Lloris.

Ronaldo yang dikasari Dimitri Payet pada minit kelapan, terpaksa dirawat dua kali di luar padang tetapi akhirnya memutuskan dia tidak dapat meneruskan aksi dan diganti dengan Ricardo Quaresma.

Dengan barisan serangan Perancis yang diterajui Moussa Sissoko, Antoine Griezmann, Olivier Giroud dan Payet dilihat lebih menguasai permainan, Portugal terus berdisiplin memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Ronaldo telah menjaringkan salah satu gol dalam perlawanan ini, dengan tendangan mengagumkan dengan tumit apabila menentang Hungary.

Dimitri Payet dari Perancis juga mempamerkan aksi tendangan hebat dalam perlawanan permukaan menentang Romania, gol dari tendangan gunting Xherdan Shaqiri bagi Switzerland menentang Poland juga gol terbaik dalam perlawanan ini.

Sebanyak 108 gol dalam 51 perlawanan tersebut memberi-kan purata 2.11 gol satu perlawanan, di bawah 2.45 untuk Euro 2012 dan 2.7 pada Piala Dunia 2014. Namun terdapatnya rekod. Ronaldo menyamakan sembilan gol yang dijaringkan oleh legenda Perancis Michel Platini dalam kejohanan Euro.

Reaksi Griezmann selepas Portugal menjaringkan gol semasa perlawanan akhir Euro 2016 antara Portu-gal dan Perancis di Stade de France semalam. - AFP
Reaksi Griezmann selepas Portugal menjaringkan gol semasa perlawanan akhir Euro 2016 antara Portu-gal dan Perancis di Stade de France semalam. – AFP

Bintang Griezmann mula bersinar

Euro 2016 sepatutnya merupakan kejohanan Paul Pogba, Cristiano Ronaldo dan mungkin Thomas Mueller.

Mueller dari Jerman, penjaring paling banyak pada Piala Dunia 2014, tidak mempunyai gol apabila Jerman dikejutkan oleh dua gol daripada Antoine Griezmann pada malam yang panas di Marseille.

Mueller pulang sebagai salah satu kegagalan Euro. Pogba menjaringkan gol satu kali tatkala Perancis memasuki final, namun Griezmann menghasilkan prestasi amat cemerlang untuk memasuki final sebagai penjaring teratas kejohanan dengan enam gol.

Pemain berusia 25 tahun yang tidak pernah bermain dalam liga Perancis menjaringkan gol dua kali menentang Republik Ireland dan dua kali lagi dalam kemenangan suku akhir 5-2 ke atas Iceland.

Bagaimanapun, bagi Griezmann, ia merupakan kekalahan final kedua dalam sebulan selepas pasukan Atletico Madrid tewas kepada pesaing ketat Real Madrid dalam Liga Juara-Juara. “Ia mengecewakan, ia adalah teruk, tetapi itulah bola sepak,” katanya.

Ribuan para penyokong memenuhi ruang kawasan menara Eiffel bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2016 antara Portugal dan Perancis. - AFP
Ribuan para penyokong memenuhi ruang kawasan menara Eiffel bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2016 antara Portugal dan Perancis. – AFP

Wujudnya pemberontak dan peminat sebenar

Peminat dari Iceland dan kedua-dua sempadan Ireland memukau semua orang ke mana mereka pergi di Perancis, tetapi masalah lama mencatat kepulangan – budak jahat atau samseng.

Beberapa jam sebelum perlawanan di antara England dan Rusia di Marseille menjadi kacau-bilau, dengan apa yang dikatakan oleh pendakwa merupakan geng Rusia yang menyerang peminat England ganas dan mabuk di daerah Pelabuhan Vieux tatkala botol dan gas pemedih mata berterbangan.

Seorang peminat England mengalami kecederaan otak, berpuluh lagi cedera. Seorang warga Rusia, Alexander Shprygin, diusir dari Perancis disebabkan mempunyai hubungan dengan keganasan, seterusnya memalukan pihak berkuasa Perancis dengan menyelinap masuk ke dalam negara.

Peristiwa itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai penganjuran Piala Dunia 2018 oleh Rusia. Dalam perkembangan yang lebih positif, ‘tentera Viking’ dari Iceland datang dengan berbekalkan topi keledar plastik dan semangat keseronokan tatkala pasukan mereka mencatat keputusan yang melebihi semua jangkaan.

Satu-satunya tepukan perayaan ‘Huh!’ mereka akan lama terpahat dalam kenangan.

Peminat Ireland Utara menjadikan “Will Grigg amat bersemangat” salah satu lagu kebangsaan kejohanan, walaupun jika Grigg tidak bermain langsung.

Peminat Republik Ireland memikat hati dengan melaung “Mempertahankan Polis Perancis,” bersenandung kepada gadis dan, dalam satu kejadian yang tersebar luas, membaiki kemik dalam bumbung sebuah kereta. – AFP