Euro meningkat, ECB kekalkan dasar matawang

Euro meningkat, ECB kekalkan dasar matawang

NEW YORK, 9 Sept – Euro naik sedikit berbanding dengan dolar semalam tatkala bank pusat Eropah memutuskan untuk mengekal dasar perangsang sekarang. Bagaimanapun, dolar bertambah kukuh berbanding dengan yen dan pound.

Pada 2100 GMT semalam, euro mencecah $1.1261, meningkat daripada AS$1.1242. Satu pound adalah bernilai AS$1.3295, merosot daripada AS$1.3340.

Penggubal dasar di Bank Pusat Eropah semalam memutuskan tidak akan membuat sebarang perubahan kepada dasar mata wang ECB yang amat longgar, mengekalkan dasar pembelian aset pada 80 bilion euro sebulan.

Bendera EU dilihat di hadapan Bank Pusat Eropah (ECB) di Frankfurt /Main, Jerman kelmarin. – AFP
Bendera EU dilihat di hadapan Bank Pusat Eropah (ECB) di Frankfurt /Main, Jerman kelmarin. – AFP

Bank pusat juga mengubah ramalan pertumbuhan zon euro 2016 kepada 1.7 peratus, bertambah 0.1 peratus berbanding anggaran sebelumnya, namun mengurangkannya untuk tempoh dua tahun akan datang dengan jumlah yang sama kepada 1.6 peratus.

“Kekuatan dalam euro hari ini mungkin disebabkan Bank Pusat Eropah mengekal kedudukannya mengenai dasar mata wang,” kata Eric Viloria daripada Wells Fargo.

“Timbulnya sedikit jangkaan bahawa mereka mungkin melonggarkan dasar seterusnya dan mereka meninggalkan dasar mereka tidak berubah.” – AFP