Euro menurun di dagangan Asia

Euro menurun di dagangan Asia

TOKYO, 13 Julai (AFP) – Euro merosot hari ini tatkala ketidakpastian menyelubungi rundingan saat-saat akhir bertujuan mencapai perjanjian hutang Greece dengan pemimpin zon euro bergelut untuk mencari satu kata sepakat dan mengekalkan negara itu dalam blok mata wang.

Dalam perniagaan tengah hari di Tokyo, mata wang umum membeli $1.1146, lebih rendah daripada $1.1149 di New York pada lewat Jumaat.

Dalam perniagaan elektronik sebelumnya pada hari ini, euro merosot sebanyak $1.1089.

Unit itu juga lebih lemah pada 136.65 yen berbanding 136.86 yen dalam perniagaan Amerika Syarikat (AS), sementara dolar merosot kepada 122.63 yen daripada 122.77 yen. “Reaksi pasaran dalam euro adalah tidak lantang,” kata Steven Englander, ketua strategi mata wang Kumpulan-10 di Citigroup.

“Ketidakhadiran perjanjian dan kesukaran syarat-syarat menarik perhatian, namun pelabur sedang menunggu keputusan lebih daripada usaha untuk menjangkanya.”

Athens nampaknya dihambat masalah tatkala sidang kemuncak semalam berlarutan sepanjang malam.

Bank Greece dijangka kehabisan wang dalam tempoh beberapa hari melainkan mereka menerima suntikan baru, tetapi harga untuk jaminan keluar tiga tahun berjumlah 86 bilion euro adalah pembaharuan yang tidak dapat diterima yang dituntut oleh Jerman.

“Perjanjian tidak akan dicapai dengan apa cara sekalipun,” kata Canselor Jerman Angela Merkel ketika beliau tiba untuk sidang kemuncak 19 pemimpin zon euro, mengadu kehilangan kepercayaan di Athens dan mengingatkan mengenai “rundingan sukar” di depan.

Dalam perkembangan terbaru, satu sumber Eropah memberitahu AFP pada awal hari ini bahawa pemimpin Greece, Jerman, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan satu “kompromi” mengenai perjanjian jaminan keluar untuk Athens pada rundingan lewat semalam.

“Terdapat perjanjian empat hala yang akan dibentangkan kepada 19 pemimpin zon euro,” kata sumber itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.