Everest beralih 3 sentimeter ke barat daya

Everest beralih 3 sentimeter ke barat daya

BEIJING, 16 Jun (AFP) – Puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, beralih tiga sentimeter ke arah barat daya akibat bencana gempa bumi Nepal yang memusnahkan negara itu April lalu, media tempatan melaporkan hari ini.

Gempa berukuran 7.8 magnitud itu merubah sedikit kedudukan gunung tersebut, menurut laporan media setempat, memetik Pentadbiran Kaji Selidik Negara, Pemetaan dan Geoinformasi.

Sebelum gempa, Everest telah berpindah 40 sentimeter ke arah timur laut sejak sedekad lalu dalam kelajuan empat sentimeter setahun, menurut laporan itu. Gunung itu juga meningkat tiga sentimeter dalam jangka waktu yang sama.

Gempa tersebut menyebabkan runtuhan salji di Everest, mengorbankan 18 orang dan menyebabkan kem pangkalan pendakian musnah.

Disebabkan itu telah mendorong pihak berkuasa untuk membatalkan kesemua pendakian tahun ini.

Gambar fail dirakam pada 20 April 2015 menunjukkan pemandangan dari jauh Gunung Everest di timur laut Nepal. – AFP
Gambar fail dirakam pada 20 April 2015 menunjukkan pemandangan dari jauh Gunung Everest di timur laut Nepal. – AFP

Gunung tersebut merentasi sempadan kedua-dua buah negara.

Dua kejadian gempa pada 5 April dan 12 April mengorbankan lebih 8,700 orang di Nepal, mengakibatkan tanah runtuh dan memusnahkan setengah juta rumah, mengakibatkan beribu-ribu orang kehilangan tempat berlindung menjelang hujan monsun.

Bagaimanapun gempa kedua, yang bermagnitud 7.3, tidak menggerakkan gunung tersebut, media setempat memberitahu.

ARTIKEL YANG SAMA