Evergrande ikat Martinez

Evergrande ikat Martinez

BEIJING, 3 Feb – Kelab China Guangzhou Evergrande menandatangani penyerang Atletico Madrid, Jackson Martinez pada harga 42 juta euro (RM194.5 juta), umum kelab itu hari ini.

Ia adalah rekod perpindahan tertinggi negara itu dengan Evergrande menggambarkan penyerang dari Colombia itu sebagai pemain kelas dunia yang akan membantu mereka dalam cabaran Liga Super China.

Martinez, 29, adalah pemain terbaharu dari kelompok pemain yang berpangkalan di Eropah dibeli kelab gergasi China itu. Pembelian itu mengatasi rekod berusia seminggu dicatat Jiangsu Suning yang membeli pemain tengah Chelsea dari Brazil, Ramires pada harga 28 juta euro (RM129.7 juta).

Sepanjang jendela perpindahan kali ini, Liga Super China sudah membelanjakan 204 juta euro (RM944.8 juta), jumlah kedua tertinggi di belakang Liga Perdana Inggeris.

Juara Asia dan kelab paling berjaya di China, Evergrande dikendali bekas pengurus Brazil dan Chelsea, Luiz Felipe Scolari. – AFP