Evergrande ‘kelab paling bernilai’

Evergrande ‘kelab paling bernilai’

SHANGHAI, 9 Mac (AFP) – Kelab China, Guangzhou Evergrande Taobao telah diisytiharkan sebagai pemegang gelaran ‘kelab bola sepak paling berharga di dunia’ oleh agensi berita rasmi Xinhua, hari ini.

Transaksi saham kelab itu di National Equities Exchange and Quotations (NEEQ) yang sukar difahami di pasaran Cina menganggarkan modal pasarannya sebanyakAS$3.35 bilion, kata Xinhua.

Guangzhou Evergrande dicanang-canangkan mengatasi kelab-kelab dunia yang lain dari segi nilai pasaran apabila wang terus mencurah masuk ke dalam bola sepak Cina ketika Presiden Xi Jinping berusaha menjadikan China – ranking ke-96 FIFA – sebagai kuasa bola sepak.

Tawaran yang dipetik Xinhua untuk 36,000 saham pada 55 yuan sesaham (AS$8.50), mewakili lonjakan hampir 40 peratus daripada 40 yuan sesaham dalam satu acara pengumpulan dana dua bulan lalu.

Pemain Colombia Guangzhou Evergrande, Jackson Martinez (kanan) bersaing dengan pertahanan Sydney FC, Aaron Calver (tengah) and Matthew Jurman (kiri) dalam aksi Liga Juara-Juara AFC di Sydney, 2 Mac lalu. – AFP
Pemain Colombia Guangzhou Evergrande, Jackson Martinez (kanan) bersaing dengan pertahanan Sydney FC, Aaron Calver (tengah) and Matthew Jurman (kiri) dalam aksi Liga Juara-Juara AFC di Sydney, 2 Mac lalu. – AFP

Modal pasaran tersirat melepasi jumlah AS$3.26 bilion atau setaraf dengan nilai kelab Sepanyol Real Madrid ketika ia dinamakan sebagai kelab paling berharga di dunia pada 2015, menurut majalah Forbes.

Evergrande juga mengalahkan nilai saham kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United, yang ditutup pada AS$14.32 sesaham di Bursa Saham New York pada Selasa dengan modal pasaran sebanyak AS$2.35 bilion, menurut pasaran saham AS. Hari ini, saham Evergrande diniagakan lebih tinggi di NEEQ dengan tawaran pada 55.10 yuan.

ARTIKEL YANG SAMA