Evergrande tersingkir

Evergrande tersingkir

SYDNEY, 21 April – Pemegang gelaran Guangzhou Evergrande tersingkir dari Liga Juara-Juara AFC selepas pasukan pesaing, Sydney FC dan Urawa Red Diamonds hanya mampu seri tanpa jaringan semalam.

Pasukan gergasi dari China yang dikendalikan oleh Luiz Felipe Scolari memenangi perlawanan pertama tetapi terbukti sia-sia ketika Sydney dan Urawa menyelamatkan dua kedudukan teratas dalam Kumpulan H dengan baki satu perlawanan.

Sydney mara ke kelompok 16 terakhir buat kali pertama di samping Urawa, sementara juara domestik China, Evergrande diketepikan selepas tersingkir lebih awal dari persaingan itu.

Evergrande memenangi gelaran Asia kedua mereka dalam tiga musim pada tahun lepas dan mereka berbelanja besar pada akhir musim, dengan pembelian penyerang dari Atletico Madrid, Jackson Martinez bagi 42 juta euro (AS$8 juta).

Tetapi mereka sekarang perlu melihat Shanghai SIPG yang dikendalikan Sven-Goran Eriksson, yang mempamerkan bekas bintang Evergrande, Elkeson dan Dario Conca – mengetuai pasukan dari China itu dalam peringkat kalah mati.

Dalam persaingan sengit yang menyaksikan hanya beberapa peluang, Tadanari Lee dan Christopher Naumoff kedua-duanya hampir menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Shinzo Koroki hampir meletakkan pendahuluan Urawa di depan pada minit ke-78.

Koroki yang meluru mendapatkan hantaran hamba ke belakang dari Lee tetapi rembatan leretnya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sydney, Vedran Janjetovic untuk memastikan perlawanan berkesudahan seri 0-0.

Shandong Luneng dari China juga mara dari Kumpulan F selepas tandukan minit ke-10 dari Diego Tardelli menerusi sepakan percuma jarah jauh yang sudah cukup untuk menyingkirkan Sanfrecce Hiroshima 1-0. – AFP