Everton cemas

Everton cemas

LONDON, 27 Ogos (AFP) – Everton bangkit setelah ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Barnsley 5-3 pada masa tambahan pusingan kedua Piala Liga Inggeris semalam.

Perlawanan tersebut dibayangi spekulasi berterusan bahawa pertahanan Everton, John Stones yang juga bekas pemain Barnsley, akan meninggalkan kelab Merseyside itu untuk menyertai juara Liga Perdana Chelsea selepas dilaporkan menyerahkan permohonan perpindahan.

Pengurus Everton Roberto Martinez menurunkan Stones untuk beraksi menentang kelab lamanya biarpun keinginan untuk perpindahan di mana Toffees bergelut menentang pasukan divisyen tiga Barnsley di Oakwell yang tidak mungkin akan menyelesaikan masalahnya untuk kekal bersama Toffees.

“Saya rasa Barnsley beraksi dengan baik…dinamik dan klinikal,” Martinez memberitahu Sky Sports. “Kami sedikit perlahan pada separuh masa pertama dan menunjukkan fokus yang hambar di depan gawang. Ia adalah ujian untuk melihat sama ada kami boleh bangkit.”

“Tetapi sukar untuk melihat para pemain muda menunjukkan persembahan yang tidak dapat diterima pada separuh masa pertama. Mereka memberikan reaksi dengan semangat pada separuh masa kedua dan menunjukkan bagaimana kami mahu untuk berkembang.”

Romelu Lukaku menjaringkan gol kelima Everton dalam aksi Piala Liga menentang Barnsley di Stadium Oakwell di Barnsley, semalam. - AFP
Romelu Lukaku menjaringkan gol kelima Everton dalam aksi Piala Liga menentang Barnsley di Stadium Oakwell di Barnsley, semalam. – AFP

Martinez menambah: “Saya rasa John Stones luar biasa di bawah tekanan. Saya rasa pihak berkuasa perlu melihat apa yang sedang berlaku kerana ia menjadi sedikit seperti sarkas.

“Peminat kami tahu kami cuba melakukan yang lebih baik dan John adalah sebahagian daripadanya. Wang tidak dapat membeli segalanya dalam kehidupan. Ada sesuatu seperti nilai. Dia bukan untuk dijual.

Rembatan Sam Winnall memberikan Barnsley pendahuluan sebelum Marley Waatkin membawa bola ke dalam kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-28.

Kevin Mirallas dan Gary Naismith menyamakan kembali kedudukan bagi Everton yang menyaksikan Crwaley menukar keputusan 3-2 kepada Barnsley – seminit selepas jaringan penyamaan Toffees.