Everton lantik pengarah baru

Everton lantik pengarah baru

LONDON, 22 Julai – Everton mendapatkan perkhidmatan ketua pengambilan Leicester, Steve Walsh, sebagai pengarah bola sepak baru mereka semalam dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pertukaran kelab Liga Perdana itu.

Walsh adalah salah seorang arkitek kejayaan Leicester dalam menjulang gelaran Liga Perdana musim lalu dan Everton menjadikannya pilihan pertama untuk bekerjasama dengan bos baru, Ronald Koeman di Goodison Park.

Walsh, 51 menerima pujian dengan mencadangkan pemotongan harga Leicester bagi penandatanganan Jamie Vardy, N’Golo Kante dan Riyad Mahrez, yang membuktikan berharga ketika mereka memainkan peranan utama dalam pertukaran pasukan dari 5,000-1 sehingga menjadi juara Inggeris di bawah kendalian Claudio Ranieri.

Walsh, yang juga bertindak sebagai pembantu pengurus bersama Ranieri, akan memulakan tugasan di Everton dengan segera selepas Leicester bersetuju untuk membenarkan meninggalkan King Power Stadium berikutan beberapa hari perundingan.

Sebelumnya memegang jawatan di Bury, Chester dan Chelsea, Walsh ditarik ke Everton dengan janji bagi membangunkan pasukan tersebut dengan bantuan kewangan yang besar dari pemegang saham utama, Farhad Moshiri.

“Saya berbangga dan gembira menjadi pengarah bola sepak di sebuah kelab yang hebat dan bersejarah,” Walsh memberitahu laman sesawang Everton.

‘Dengan pengurus baru dan pemegang saham utama yang baru, dirasakan seperti era baru di Everton dan potensi itu adalah yang paling menarik.

‘Saya tahu kelab itu dengan baik, asal-usul saya berada di barat laut dan abang saya, Mickey, adalah pemain Everton dalam era Bob Latchford dan selalu berbangga dengan fakta itu.

‘Saya juga melakukan latihan perguruan saya di Universiti Hope Liverpool beberapa tahun lalu. Saya merasa teruja berada di sini di kelab dan bersedia untuk berusaha.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA