Everton ‘meng...

Everton ‘mengamuk’ di Goodison Park

LIVERPOOL, 19 Mac – Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya dan Romelu Lukaku memperoleh dua jaringan ketika Everton membelasah Hull, yang bermain 10 orang, 4-0 semalam.

Dengan Kevin Mirallas di Belgium bagi menyambut kelahiran anaknya, Calvert-Lewin telah membuat permulaan keduanya musim ini dan pemain berusia 20 tahun itu memanfaatkan peluangnya dengan gol pembukaan di separuh masa pertama di Goodison Park.

Pemain tengah Hull, Tom Huddlestone secara kontroversinya telah dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap Idrissa Gueye di separuh masa kedua dan Everton menambah asakan di penghujung perlawanan.

Dominic Calvert-Lewin (kanan) diasak oleh pemain Hull, Alfred N’Diaye dalam aksi Liga Perdana antara Everton dan Hull City. – AP
Dominic Calvert-Lewin (kanan) diasak oleh pemain Hull, Alfred N’Diaye dalam aksi Liga Perdana antara Everton dan Hull City. – AP

Enner Valencia memperoleh gol kedua Everton dan Lukaku menjaringkan dua gol di saat-saat akhir perlawanan bagi memintas Manchester United ke tangga keenam.

Selepas enam kemenangan di laman sendiri, pasukan Koeman di belakang Arsenal, di tangga kelima, hanya dengan perbezaan jaringan, meskipun United mungkin akan merampas semula kedudukan kelima dengan kemenangan di Middlebrough malam ini.

Hull kekal di zon penyingkiran dan pasukan Marco Silva tiga mata daripada zon selamat dengan berbaki sembilan perlawanan untuk diharungi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA