Everton, Spurs terikat seri 1-1

Everton, Spurs terikat seri 1-1

LIVERPOOL, 4 Jan (AFP) – Aaron Lennon menjaringkan gol ketika menentang kelab lamanya untuk Everton memulihkan kembali reputasi mereka selepas seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur yang sedang mengejar tempat ke Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Everton tewas dua perlawanan mereka sebelum ini, 2-3 menentang Leicester City dan 3-4 menentang Stoke City, tetapi mereka mendahului pada minit ke-22 menerusi jaringan Lennon.

Sepakan voli menarik dari Dele Alli pada masa kecederaan di babak pertama bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan, tetapi Everton yang beraksi di gelanggang sendiri jelas lebih kecewa dengan keputusan itu.

Pemain Tottenham Son Heung Min cuba merampas bola daripada pemain Everton Muhamed Besic – Reuters
Pemain Tottenham Son Heung Min cuba merampas bola daripada pemain Everton Muhamed Besic – Reuters

Everton kekal di kedudukan ke-11 liga, sembilan mata di belakang skuad bimbingan Mauricio Pochettino, yang mensia-siakan peluang untuk mewujudkan kembali kelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, Manchester United.

Sebaliknya peluang mereka untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara berkurangan kepada perbezaan hanya tiga mata selain ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.

Spurs memburu kemenangan keempat berturut-turut dan mereka dilihat lebih menguasai permainan di Goodison Park dengan aksi di atas padang licin selain Everton bergelut di laman sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA