Evo Morales gagal menjawat presiden bagi penggal keempat

Evo Morales gagal menjawat presiden bagi penggal keempat

LA PAZ, 24 Feb (AFP) – Presiden Bolivia Evo Morales telah kehilangan bidaannya untuk menjadi presiden bagi penggal keempat, setelah kekalahan langsung pertamanya dalam pengundian sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada tahun 2006, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam.

Morales, 56 tahun, telah memimpin selama sedekad, terutamanya dengan sokongan daripada kumpulan-kumpulan asli dan pertubuhan akar umbi di salah sebuah negara termiskin di Amerika.

Sementara enggan mengaku kekalahan sehingga akhirnya, Morales telah berjanji akan menghormati keputusan rasmi pengundian Ahad lalu dengan pembaharuan perlembagaan yang akan membenarkannya bertanding untuk dilantik semula untuk melanjutkan masanya dalam kepimpinan kepada 19 tahun. Penggal beliau pada masa ini akan berakhir pada 2020.

Dengan 99.72 peratus undi telah dihitung, presiden lembaga pengundian Katia Uriona berkata 51.3 peratus pengundi mengundi ‘tidak’ dalam referendum, berbanding 48.7 peratus mengundi ‘ya’

Morales mendesak untuk menanti keputusan penuh yang datang dari kawasan luar bandar tempat beliau meraih sokongan kuat, dan dari luar negara.

Evo Morales gagal untuk terus menjawat jawatan presiden bagi penggal keempat setelah undian tidak membenarkannya untuk bertanding lagi. – AFP
Evo Morales gagal untuk terus menjawat jawatan presiden bagi penggal keempat setelah undian tidak membenarkannya untuk bertanding lagi. – AFP

Para penyokong pembangkang bergembira di La Paz dan di kubu kuat anti Morales seperti Potosi dan Santa Cruz.

Keputusan rasmi sejajar dengan tinjauan ke atas pengundi selepas mereka membuang undi. Tinjauan itu dilakukan oleh media swasta,

“Hari ini negara berbelah bahagi. Tetapi itu hanya sementara,” kata ahli sains politik, Carlos Cordero. Tetapi proses pemulihan akan bergantung pada Morales, partinya dan pihak pembangkang sedang mencari jalan untuk bekerjasama, tambahnya.

Kumpulan pembangkang bimbang kerajaan bersiap sedia untuk memanipulasi keputusan.

Kumpulan-kumpulan yang melaungkan “penipuan! Penipuan! Penipuan!” telah mengadakan mogok di luar pejabat di La Paz tempat undi sedang dihitung lewat Isnin lalu.