Evolusi sistem pendidikan dengan bantuan teknologi VR

Evolusi sistem pendidikan dengan bantuan teknologi VR

FUZHOU – Penggunaan pen dan kertas semakin dikurangkan apabila bilik darjah bakal dilengkapi dengan sistem alat dengar bagi menzahirkan gaya pembelajaran yang lebih interaktif sekali gus meningkatkan semangat pelajar pada masa hadapan.

Walaupun ia masih pada peringkat awal, kebanyakan sekolah di China telah mula mengkaji cara untuk menggabungkan teknologi Virtual Reality (VR) di dalam sesi pembelajaran di bilik darjah.

Sebuah syarikat permainan video iaitu Net Dragon telah memulakan sesi pengajaran dan penerangan kepada kanak-kanak mengenai ciri-ciri keselamatan sekiranya berlaku kebakaran hanya dengan teknik VR di mana ia kelihatan sangat menarik.

Melalui teknik VR, para pelajar seolah-olah mengalami sendiri persekitaran yang terbakar yang dihasilkan secara simulasi di mana harus melakukan beberapa langkah untuk menyelamatkan diri seperti merangkak di lantai dan mengelakkan beberapa halangan seperti meja dan kerusi sehingga akhirnya berjaya menyelamatkan diri.

Selain itu, sistem VR tidak hanya digunakan untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar malah ia turut digunakan dalam bidang perubatan.

Sistem VR bakal digunakan bagi mewujudkan sistem pembelajaran interaktif di China.
Sistem VR bakal digunakan bagi mewujudkan sistem pembelajaran interaktif di China.
Pada awalnya, sistem VR digunakan untuk memberikan pengalaman sebenar yang lebih menyeronokkan di dalam permainan video generasi baru.
Pada awalnya, sistem VR digunakan untuk memberikan pengalaman sebenar yang lebih menyeronokkan di dalam permainan video generasi baru.

Sebuah fakulti di Universiti Sichuan telah menggunakan sistem virtual itu untuk menyelidiki sistem anatomi dengan lebih lanjut termasuk memeriksa organ dan tisu daripada pelbagai sudut bagi memastikan ketepatan yang diperolehi hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan itu.

Malah pisau bedah virtual juga kini berada dalam proses penciptaan di mana ia boleh membantu pelajar dan pengamal perubatan untuk melakukan latihan bagi meningkatkan kemahiran mereka sewaktu melakukan siri pembedahan tanpa perlu menggunakan tubuh badan yang sebenar.

Sektor pengeluaran VR jelas memiliki potensi besar di era globalisasi ini dan pihak pemaju China juga sedang giat berusaha untuk terus menerokai cara penggunaan VR yang sesuai diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Naib Pengerusi NetDragon, Simon Leung menjelaskan bahawa syarikat itu giat menghasilkan beberapa produk VR dan tablet yang sesuai untuk digunakan di dalam bilik darjah yang sekaligus mewujudkan sesi pembelajaran yang cukup interaktif dan meningkatkan lagi semangat para pelajar apabila mereka boleh merasakan berada seperti di dalam situasi yang sebenar.

“Di samping itu, sensor gerakan yang terdapat pada alat dengar VR juga boleh memperlihatkan sama ada seseorang itu memberikan tumpuan yang penuh atau tidak terhadap sesuatu tugas yang diberikan,” jelas Leung.

New Oriental, sebuah syarikat pendidikan swasta yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat pembekal kandungan video di China, LeEco menjelaskan bahawa mereka giat berusaha untuk menawarkan kursus pendidikan dengan bantuan VR yang pertama di China.

VRschool, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing telah membangunkan satu sistem pendidikan menyeluruh dikenali sebagai Longtu Education yang telah diperkenalkan di lebih daripada 10 buah sekolah.

Sistem VR telah digunakan dalam bidang perubatan bagi meningkatkan kemahiran dan ketepatan sewaktu melakukan proses pembedahan.
Sistem VR telah digunakan dalam bidang perubatan bagi meningkatkan kemahiran dan ketepatan sewaktu melakukan proses pembedahan.

Melalui sistem itu diharap dapat menawarkan kursus dan melengkapi para guru dan tenaga pengajar dengan kemahiran agar dapat menguasai penggunaan teknologi VR dalam sesi pembelajaran.

Tan Zheng, pengerusi ANTVR yang merupakan sebuah syarikat pengeluar VR menjelaskan walaupun sistem VR semakin banyak dikeluarkan oleh syarikat di China namun teknologi teras dan penjenaamaan masih pada tahap yang kurang menggalakkan dan pihak mereka akan terus berusaha gigih untuk meningkatkannya.

“Perisian yang dikenalkan masih pada tahap yang terhad malah ia tidak selaras dengan sistem buku teks dan ia wajar untuk terus dipertingkatkan,” jelas Huang Ronghuai, profesor di Institut Pendidikan Smart di bawah Univeristi Bejing Normal.

Walaupun pada kebiasaannya ramai dalam kalangan ibu bapa di China yang membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan pelbagai peralatan moden yang bersesuaian dengan arus teknologi namun terdapat juga kerisauan di hati mereka mengenai sistem VR yang baru diperkenalkan ini kerana risau sekiranya ia boleh memberikan kesan buruk kepada anak mereka.

Di samping itu kos sistem VR itu cukup tinggi dan ia setentunya akan memerlukan sejumlah peruntukan yang tertentu kepada pihak sekolah untuk memiliki peralatan itu.

“Penelitian lanjut wajar diberikan untuk membangunkan teknologi ini termasuk daripada aspek mengurangkan kos dan setentunya meningkatkan fungsinya kepada pengguna,” jelas Huang.

“Bagaimanapun kita wajar terus optimistik untuk menjadikan sistem pendidikan lebih menarik dengan pendekatan yang interaktif,” tambah beliau. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA