Evra dibuang Marseille selepas karate penyokong

MARSEILLE, 12 Nov – Patrice Evra telah berpisah dengan Marseille semalam selepas tendangan karate terkenalnya ke atas salah seorang penyokong sendiri, tidak lama selepas digantung dari kejohanan Eropah sehingga 30 Jun 2018.

Marseille berkata mereka dan pertahanan berusia 36 tahun itu telah bersetuju bahawa bekas pemain antarabangsa Perancis itu akan pergi dengan ‘persetujuan bersama’.

“Kontrak pemain tersebut secara rasminya dibatalkan dengan serta-merta,” umum kelab itu.

Terdahulu, Evra telah digantung oleh UEFA dari semua kejohanan Eropah sehingga 30 Jun dan didenda 10,000 euro.

Evra secara meluas dikritik atas serangannya ke atas penyokong Marseille yang terjadi ketika sesi pemanasan badan Liga Europa di Vitoria Guimaraes minggu lepas.

Dia telah digantung oleh Marseille di tengah-tengah kontroversi itu, sementara sebahagian penyokong fanatik kelab dengan jelasnya bahawa Evra tidak dialu-alukan lagi di Stade Velodrome.

‘Permainan sudah berakhir’ menurut satu kain rentang di Marseille dalam kemenangan 5-0 ke atas Caen. – AFP