Evra kekal di Juventus hingga 2017

Evra kekal di Juventus hingga 2017

TURIN, 7 Jun – Pemain pertahanan Perancis, Patrice Evra memperbaharui kontraknya di Juventus yang menyaksikan dia akan bersama juara Serie A itu hingga Jun 2017 dengan pilihan untuk setahun lagi.

Evra menyertai Juventus dari Manchester United pada 2014 dan sudah memenangi dua kejuaraan liga dan trofi.

Tidak lama selepas pengumuman perjanjian itu hari ini, pemain berusia 35 tahun itu menulis di Instagram: “2 tahun, 5 trofi! Sama seperti 2 tahun akan datang untuk menambah kejuaraan?…Soalan kegemaran saya, apa yang saya akan lakukan dengan semua trofi ini?”

Dalam satu kenyataan, Juventus menyatakan kekuatan Evra daripada wataknya ditunjukkan melalui kecemerlangan musim lalu, apabila dia dan Gianluigi Buffon membantu pasukan memecahkan rekod dengan memungut 85 mata daripada kemungkinan 90 yang memberi gelaran liga Itali buat kali kelima berturut-turut kepada kelab. – AP