Excapade Sushi tawar lebih 50 hidangan

Excapade Sushi tawar lebih 50 hidangan

Oleh Lenna N.B

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Sempena bulan Ramadan ini, Restoran Excapade Sushi menampilkan promosi sungkai bufet di cawangan Regent Square, Kiulap II, bermula kelmarin.

Promosi yang menampilkan hidangan asli Jepun ini akan dilanjutkan sehingga penghujung Ramadan dan buat para pemegang kad ahli Excapade, mereka akan mendapat diskaun 10 peratus.

Lebih 50 jenis hidangan disajikan dalam bufet berkenaan namun tidak menawarkan hidangan ala carte.

Para pelanggan boleh berbuka puasa dengan pelbagai pilihan susyi, sasyimi segar, pembuka selera, hidangan utama sehinggalah ke sajian pencuci mulut merangkumi buah, aiskrim dan puding.

“Kami ingin para pelanggan rasa berbaloi dengan berbelanja dan dapat menikmati akan keenakan seluruh hidangan yang kami sediakan ini untuk mereka berbuka puasa nanti,” ujar salah seorang chef di restoran tersebut.

Manakala itu, bagi mereka yang ingin menikmati hidangan ala carte, bolehlah mengunjungi atau membuat tempahan di cawangan Restoran Excapade Susyi yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA