Express lancar tawaran penjimatan

Express lancar tawaran penjimatan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Restoran makanan segera Express, yang merupakan anak syarikat Royal Brunei Catering (RBC), telah melancarkan tawaran penjimatan tiga hidangan kombo khas pada harga yang berpatutan sepanjang bulan Februari ini.

Dalam tawaran ini, Beef Pocket Sandwich atau Fish Pocket Sandwich, datang dengan hidangan kentang goreng dan satu teh lemon ais.

Sementara itu, Grilled Chicken Chop dihidangkan dengan dua pilihan sos; cendawan atau lada hitam, satu hidangan ‘coleslaw’ dan kentang goreng di sebelahnya, semuanya pada satu harga istimewa. Diskaun tidak boleh digunakan untuk promosi ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 2237253 atau hubungi RBC Product & Innovation Team di talian 2448125 untuk semua tempahan.

Beef Pocket Sandwich serta Fish Pocket Sandwich yang ditawarkan oleh Express untuk bulan Februari.
Beef Pocket Sandwich serta Fish Pocket Sandwich yang ditawarkan oleh Express untuk bulan Februari.

ARTIKEL YANG SAMA