Express perkenalkan promosi baru

Express perkenalkan promosi baru

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Royal Brunei Catering (RBC)melalui Restoran Makanan Segera Express kini memperkenalkan promosi Express Grilled Chicken Wings yang boleh didapati di restoran tersebut di Kiulap bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.

Set promosi Grilled Honey Chicken Wings yang dilengkapi dengan sos barbeku ini boleh dijamu sehingga 31 Mac ini, dan boleh didapati dalam dua pilihan iaitu sama ada memilih empat ketul sayap ayam berserta kentang goreng atau enam ketul sayap ayam.

Selain itu, Restoran Makanan Segera Express juga akan mempromosikan hidangan sarapan pagi iaitu Beef Bitok dengan dua pilihan masakan telur iaitu ‘fried egg’ dan ‘scramble egg’ bermula 7 Mac hingga 30 April.

Restoran Makanan Segera Express juga menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma untuk kegunaan pelanggan bagi memudahkan perhubungan dengan dunia luar, di samping menikmati jamuan mereka di restoran berkenaan.

Grilled Honey Chicken Wings dengan dua pilihan bagi promosi berkenaan.
Grilled Honey Chicken Wings dengan dua pilihan bagi promosi berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA