Express tampil 4 hidangan berbuka puasa

Express tampil 4 hidangan berbuka puasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, restoran makanan segera Express, anak syarikat Royal Brunei Catering (RBC), menampilkan empat set hidangan buat para pelanggan setia mereka berbuka puasa.

Set-set hidangan yang ditawarkan itu berupa dua set kombo dan juga dua Ala Carte yang mana dalam hidangan set kombo A mengandungi tiga ketul ayam goreng, kentang goreng, dua nasi putih, acar, kurma dan tiga cawan minuman dengan para pelanggan diberikan pilihan sama ada teh lemon ais atau air bandung.

Manakala itu, set Kombo B pula mengandungi empat ketul ayam goreng, dua set kentang goreng, empat minuman sama ada teh lemon ais atau air bandung dan hidangan sampingan lain seperti yang terdapat di dalam kombo A.

Bagi hidangan Ala Carte pula, restoran makanan segera itu menawarkan ayam panggang bersos lada hitam dan ayam panggang bersos cendawan yang mana untuk hidangan ini, pelanggan juga diberikan pilihan sama ada disajikan bersama nasi atau kentang goreng.

Set hidangan berbuka yang boleh dinikmati di Express Fast Food sempena promosi bulan Ramadan.
Set hidangan berbuka yang boleh dinikmati di Express Fast Food sempena promosi bulan Ramadan.

Promosi ini telah bermula pada 15 Jun lalu dan akan berjalan sehingga 20 Julai, yang mana tempahan untuk bawa pulang bermula 3 petang, manakala untuk menikmati hidangan itu di restoran berkenaan, di Kiulap, bermula ketika berbuka puasa hingga 10 malam.

Orang ramai yang ingin menikmati juadah berbuka puasa bolehlah mengunjungi restoran itu.

ARTIKEL YANG SAMA