Extra Power Root taja PKNS FC

Extra Power Root taja PKNS FC

KELANA JAYA, 17 Ogos – Kumpulan Power Root telah mengumumkan minuman tenaga Extra Power Root sebagai penaja rasmi Kelab Bolasepak PKNS (PKNS FC) pada 12 Ogos 2015 di Dewan Seri Nilam, Kompleks Sukan PKNS, SS7, Kelana Jaya.

Sebagai pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia, Kumpulan Power Root berbangga bahawa produk mereka yang dapat membantu membekalkan tenaga serta khasiat yang diperlukan pemain Kelab Bolasepak PKNS untuk terus meningkatkan prestasi dan mencapai kemenangan.

Extra Power Root adalah minuman tenaga yang berbeza daripada minuman lain. Selain mengandungi Vitamin B6, Vitamin B12 dan Taurina, ia juga mengandungi Tongkat Ali yang membantu meningkatkan tahap tenaga, daya ketahanan tubuh, tahap stamina serta mengurangkan keletihan mental.

Oleh itu, ia adalah minuman terpilih yang membolehkan anda Jauh Lebih Bertenaga pada setiap masa. Ia juga sesuai diminum oleh mereka yang memerlukan tenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti harian, senaman ringan, sukan lasak dan lain-lain.

Kumpulan Power Root telah mengumumkan minuman tenaga Extra Power Root sebagai penaja rasmi PKNS FC pada 12 Ogos 2015 di Dewan Seri Nilam, Kompleks Sukan PKNS, SS7 di Kelana Jaya.
Kumpulan Power Root telah mengumumkan minuman tenaga Extra Power Root sebagai penaja rasmi PKNS FC pada 12 Ogos 2015 di Dewan Seri Nilam, Kompleks Sukan PKNS, SS7 di Kelana Jaya.

“Ahli sukan memerlukan tenaga serta stamina yang mencukupi untuk menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang latihan dan perlawanan. Oleh itu, minuman yang diperkaya dengan Tongkat Ali ini amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan mereka.

“Dengan adanya Extra Power Root, ahli Kelab Bolasepak PKNS akan merasa jauh lebih bertenaga pada setiap masa,” kata Ketua Jurulatih PKNS FC, Elavarasan Elangowan.

Extra Power Root terdapat dalam empat perisa iaitu Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali, Extra Power Root Ginseng dan Tongkat Ali, Extra Power Root Kurma Madu dan Tongkat Ali dan Extra Power Root Madu dan Tongkat Ali (Berkarbonat).

Ia juga menggunakan taurina sintetik untuk mencapai tahap kualiti tertinggi dan mendapat pensijilan halal Jakim Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Extra Power Root, sila layari www.powerroot.com.