EZY Printing prihatin keluarga kurang bernasib baik

EZY Printing prihatin keluarga kurang bernasib baik

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Pihak swasta turut memainkan peranan dalam memeduli dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

EZY Printing Services & Trading Company, kelmarin, menghulurkan sumbangan hamper, minuman dan beras kepada 12 buah keluarga yang kurang bernasib baik di majlis penyampaian yang diadakan di Pejabat EZY Printing, Jerudong.

Penyampaian sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan EZY Printing, Gilbert Tiong.

Sumbangan itu merupakan salah satu kegiatan tahunan syarikat yang disertai oleh pihak pengurusan dan kakitangan syarikat untuk menghulurkan bantuan kebajikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik serta untuk meringankan beban dan memberikan peluang kepada mereka supaya dapat meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Pegawai dan kakitangan EZY Printing bergambar ramai bersama keluarga yang diraikan.
Pegawai dan kakitangan EZY Printing bergambar ramai bersama keluarga yang diraikan.
Gilbert menyampaikan hamper kepada salah seorang penerima di majlis berkenaan.
Gilbert menyampaikan hamper kepada salah seorang penerima di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA