F1 bakal dapat pemilik baru

F1 bakal dapat pemilik baru

LONDON, 7 Okt (Reuters)  – Formula Satu (F1) mungkin akan mempunyai pemilik baru pada akhir tahun ini dengan tiga pihak pada masa ini sudah menunjukkan minat, menurut ketua tertinggi komersial sukan itu, Bernie Ecclestone semalam.

“Pemegang saham kami pada ketika ini secara dasarnya berada dalam kedudukan di mana mereka perlu melepaskan sebahagian saham mereka, atau kesemuanya,” ketua yang berasal dari Britain, 84, memberitahu Kemuncak Kem Beckenbauer Global di Kitzbuehel, Austria, dalam temu bual menerusi telefon.

“Cara itu adalah yang disediakan bagi mereka,” tambahnya. “Terdapat banyak yang menunjukkan minat dan saya menyatakan terdapat tiga pihak pada ketika ini. Saya mungkin terkejut jika salah seorang daripada mereka tidak membelinya tidak lama lagi.”

Ditanya bagaimana keadaan rangka masa, Ecclestone menjawab: “Tahun ini.” Bagaimanapun Ecclestone tidak menamakan sebarang pihak-pihak yang berminat.

CVC Capital Partners pada masa ini mengawal pemegang saham dengan 35.5 peratus pegangan, sementara Ecclestone memegang 5.3 peratus.

Bernie Ecclestone. – Reuters
Bernie Ecclestone. – Reuters

Kumpulan pelaburan Amerika Syarikat, BlackRock dan Waddel & Reed, bersama-sama Norges Bank dari Norway, adalah di antara pemegang saham yang lain.

Laporan pada bulan Jun menggambarkan bahawa RSE Ventures, penggerak pemilik pelaburan Miami Dolphins, Stephen Ross, bergabung bersama-sama Qatar Spports Investments untuk membeli pegangan CVC dalam persetujuan yang bernilai AS$7-AS$8 bilion.

Pengerusi bersama CVC, Donald Mackenzie memberitahu Reuters pada Julai lalu, bahawa pemegang tepat tidak berada di bawah tekanan untuk menjual.

“Kami mahu memilikinya (Formula Satu), kami tidak mahu menjualnya. Terdapat sebahagian orang yang mahu membelinya, ia adalah perniagaan yang bagus,” katanya. CVC menjual pegangannya dari 63 peratus pada 2012 dalam persetujuan pada ketika itu yang memberikan nilai perniagaan perusahaan, yang melibatkan hutang dan ekuiti bernilai AS$9.1 bilion.

ARTIKEL YANG SAMA